SUJANA membawa motosikal sementara isterinya membonceng di belakang sambil menggendong mayat anak mereka.
Bali: Sepasang suami isteri miskin terpaksa membawa mayat anaknya pulang dengan motosikal kerana tidak mampu membayar kos ambulans.
*******************************************************************************
-Wayan Sujana, 45, dan isteri, Wayan Sari, 40, sebelum itu kehilangan anak ketiga mereka yang meninggal dunia di Hospital Sanglah di Denpasar Barat, Denpasar, Bali.
-Bayi itu meninggal dunia selepas menjalani beberapa pembedahan lubang dubur...
-“Sebaik anak saya meninggal dunia, saya diberikan bil oleh pihak hospital. Kos mengubati anak saya selama 45 hari, sejak dia dilahirkan, mencecah Rp10.934 juta (RM3,300)...
-“Saya bayar Rp3 juta (RM915). Wang itu hasil pinjaman daripada beberapa jiran. Memang saya tidak mampu menjelaskan bakinya dan tidak tahu bagaimana untuk membayarnya....
-“Saya diberitahu saya perlu membayar lebih Rp1 juta (RM305) lagi sekiranya mahu menggunakan khidmat ambulans untuk membawa pulang anak saya ke rumah kami,” kata Sujana...
-Perjalanan itu mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum tiba di rumah pasangan itu di Banjar Yeh Kori, Karengasem.
- Agensi/Metro
0 comments:
Post a Comment