Ikut tips di bawah bagi mengelakkan seluar jeans atau pakaian-pakaian anda yang lain rosak:
1. Tidak Terbalikkan Jeans
Sebaiknya anda perlu cuci bahagian dalam ke luar kerana kaedah ini membantu mengekalkan warna asal seluar tersebut. Lagi satu, pastikan anda zip dan butang semua sebelum meletakkan ke dalam mesin basuh, ok?
2. Sumbat Selagi Boleh
Jangan sumbat baju kotor anda dalam mesin basuh dengan banyak. Lagi banyak baju yang disumbat, lagi payah mesin tu nak cuci pakaian anda tu. Bila mesin terlalu penuh, zip mudah rosak dan jahitan benang juga akan tertanggal kerana tiada ruang yang secukupnya untuk baju-baju berpusing di dalam mesin itu.
3. Guna Mesin Pengering Terlalu Lama
Sekarang ni ramai yang menggunakan alat pengering untuk mengeringkan baju-baju yang dah dicuci. Tapi tahukah anda jeans anda boleh mengecut apabila ditinggalkan di dalam mesin pengering terlalu lama. Sebaiknya jangan keringkan jeans atau pakaian lain terlalu lama.
Biarkan pakaian yang masih lembab itu di ampaian dan biar ia kering dengan sendiri.
0 comments:
Post a Comment