Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus, 3, yang merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kelangan maut yang meragut 7 nyawa sekeluarga di Gua Musang sebelum raya lalu nampaknya begitu tabah dan kuat.
Memetik laporan Astro Awani, kanak-kanak ini dilihat langsung tidak memanggil nama ayah atau ibunya seolah-olah mengerti dia kini sudah bergelar yatim piatu.
Beliau seolah-olah mengerti dengan apa yang terjadi di mana anak kepada pasangan Allahyarham Mursyida Ahmad Latfi, 29 dan Mohamed Amin Firdaus Zakaria, 29, terselamat dalam kemalangan yang meragut kesemua ahli keluarganya termasuk adiknya Nurhana Jannati yang berusia lima bulan dua hari sebelum raya.
Apa yang lebih menyedihkan, Aqil yang mesra disapa Abe Long tidak mahu ‘berpisah’ dengan baju yang dipakainya semasa kemalangan seolah-olah menyatakan rindu kepada keluarganya.
Dia dikatakan enggan menanggalkan baju itu untuk memakai baju baru untuk Hari Raya Aidilfitri sehingga menyebabkan bapa saudaranya terpaksa bertindak menggunting baju berkenaan.
"Cuma baju dia tak mahu pakai lagi, semalam suami saya terpaksa gunting baju yang dipakai dari hari kejadian sebab dia tak mahu tanggalkan.
"Baju itu kami gunting dan tanggalkan semasa dia tidur. Bila dia bangun dia sudah tidak mahu baju itu. Seluar pun dia tak izinkan kami tanggalkan, cuma masa nak tukar lampin, dia bagi juga," katanya ibu saudaranya Anis Arifah Ahmad Latfi, 25.
BACA: Kemalangan Maut 7 Sekeluarga : Hilang Ibu, Ayah & Adik Dalam Sekelip Mata
BACA: [Dikemaskini] 7 Sekeluarga Maut, 8 Cedera Dalam Kemalangan di Jalan Gua Musang - Kuala Krai
Menurut beliau lagi, anak saudaranya ini sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan sudah mahu bercakap dengan ahli keluarga.
Aqil kini dijaga oleh datuknya, Ahmad Latfi Mat bertekad memegang amanah menjaga cucu tunggalnya itu dan memastikan Aqil mendapat kasih sayang seperti yang diberi ibu bapanya.
"Kesanggupan saya dia anak yatim, kalau Allah bagi kesihatan (yang baik), saya boleh jaga dia … insyaAllah.
"Dia akan duduk rumah ini selagi dia tidak sembuh sepenuhnya. Saya tak akan hantar dia ke pusat penjagaan kecuali, sekolah dan tadika. Jabatan Kebajikan Masyrakat ada datang beri bantuan," katanya Ahmad Latfi.
Dalam kemalangan 4 Julai itu, tujuh terkorban dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kenderaan di KM 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai ketika dalam perjalanan pulang menyambut hari lebaran.
Setibanya di tempat kejadian, kereta mereka dirempuh oleh sebuah lori dari arah bertentangan. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment