Kelantan, 11 Julai - Skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) mengambil bekas pemain Birmingham City, Morgaro Gomis, bagi melengkapkan kuota import terakhir sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia berakhir pada 15 Julai ini.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata pemilihan bekas pemain kebangsaan Sengal itu adalah untuk menggantikan Jonatan Lucca dari Brazil yang ditamatkan kontrak secara persetujuan bersama baru-baru ini.
“Berasaskan keperluan pasukan, ketua jurulatih (Velizar Popov) diberi masa membuat penilaian dan dia telah memperakukan dua pemain import baharu iaitu Gomis dan Wander Luiz (Bitencourt Junior, pemain Brazil) untuk pasukan ini.
“Kita dapati Troare (Dramane, penyerang Mali) dan Ilijoski (Blazhe) tidak begitu sesuai di antara satu sama lain dan Popov mahukan pemain tengah bertahan yang lebih berkesan di posisi tengah.", kata beliau sebagaimana lapor Sinar Online.
Gomis (berjersi biru) |
Gomis, 30, dilahirkan di Perancis pernah menganggotai Birmingham City bermula 2011 namun keluar pada Julai 2013. Sepanjang kariernya bersama kelab itu, dia beraksi sebanyak 43 kali.
Sementara itu Popov memberitahu, dia mahukan seorang pemain tengah bertahan yang agresif, laju serta mempunyai pengalaman luas beraksi di peringkat kompetitif dan Gomis adalah pemain yang menepati kriteria tersebut.
“Gomis dan Wander Luiz ada pengalaman bermain dalam liga besar berbanding di sini (Malaysia), jadi tiada alasan bagi kedua-dua pemain ini untuk tidak boleh menunjukkan sesuatu dan membawa perubahan kepada pasukan ini,” katanya.
Sumber : Sinar Online
0 comments:
Post a Comment