Seperti kita sedia maklum, begitu banyak haiwan terbiar seperti kucing atau anjing di luar sana yang tidak dijaga atau diuruskan dengan baik di mana haiwan ini berkeliaran merata-rata tempat.
Haiwan-haiwan ini merayau ke pelbagai jenis tempat sama ada kawasan bersih atau ke longkang-longkang yang kotor, jadi tidak hairanlah ada antatra haiwan-haiwan ini dihinggapi dengan pelbagai jenis haiwan parasit seperti kutu, sengkenit dan pelbagai lagi.
Jadi, elakkan anak kecil anda daripada bermain dengan haiwan-haiwan terbiar ini, bukan kerana haiwan-haiwan ini terbiar, tetapi demi keselamatan anak kecil anda.
Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nadhrah Zulkifli di mana beliau telah memuatnaik dua keping gambar yang mendakwa telinga anak rakannya telah dimasuki sejenis kutu atau sengkenit.
Berdasarkan gambar berkenaan katanya serangga parasit iaitu sengkenit berkenaan telah bertelur dan menghisap darah di dalam telinga bayi tersebut.
Beliau juga mengingatkan supaya orang ramai tidak membiarkan anak kecil mereka bermain atau peluk kucing liar.
Sengkenit kebanyakkan terdapat di dalam semak samun tidak kiralah di dalam hutan atau berhampiran rumah anda, jadi bila haiwan peliharaan anda melalui kawasan semak mungkin menyebabkan haiwan peliharaan anda dihinggapi serangga penghisap darah ini.
Apapun pastikan haiwan peliharaan anda sentiasa dibersih dan dimandikan bagi mengelak terdapatnya serangga ini dari menghinggapi badan ahli keluarga anda terutamanya anak kecil. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment