Lahirnya seorang anak kecil seperti kain putih, elok kita mewarnainya maka hasilnya sudah pasti cantik atas kehendak yang Maha Esa.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk anak mereka, memberi pendidikan awal sejak dari lahir sehingga besar, apabila sudah menjangkau umur 3-5 tahun anak-anak akan mula belajar menerokai apa yang ada di sekeliling mereka.
Ada ibu bapa yang mendedahkan teknologi kepada anak mereka seawal umur 1 tahun, di berikan tablet untuk anak-anak mereka melihat kartun kegemaran, dan tabiat ini akan berterusan sehingga besar.
Ada ibu bapa hang menggunakan siaran televisyen untuk pendedahan pendidikan kepada anak mereka apabila ada siaran tv yang menawarkan rancangan berkaitan pendidikan, tetapi itu waktu kita ada di rumah sahaja, kalau kita tiada di rumah adakah anak kita akan membuka siaran berkenaan.
Ada ibu bapa yang melarang anak-anak membuka siaran televisyen di mana lebih memberi pendidikan yang praktikal sendiri di rumah
Dikongsikan oleh seorang ibu bernama Widyana Ali di mana beliau berkongsikan apa yang terjadi kepada anak-anaknya apabila mendidik anak-anaknya tanpa televisyen.
Jom kita baca.
Masa zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan "idiot box" untuk TV. Baru sekarang nak cari kenapa TV ni dipanggil idiot box.
Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu.
Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga bila duduk sama2 menonton drama/filem.
Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak tiba pula slot drama sampai maghrib.
Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Bila anak-anak dah semakin membesar. Saya dan suami mula fikir nak cuba hidup tanpa TV. Hasilnya?
1. Anak-anak kurang tantrum. (meragam)
2. Anak- anak senang dengar arahan.
3. Fokus bertambah sebab tiada gangguan.
4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft/ gembira melompat bila mama minta bantu di dapur.
5. Senang mendengar nasihat.
6. Hidup lebih gembira rupanya.
Kesan baik untuk saya dan suami:
1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV.
2. Kurang marah (saya) sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.
3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak- anak dan motivasi.
4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.
5. Senang nak solat di awal waktu.
6. Banyak masa untuk borak2 dengan suami dan anak2.
Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah.
Kepada kawan- kawan, cubalah 'buang' TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak- anak.
Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah,silakan.
Nota: Dulu- dulu mama tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin.Sekarang pelakon pun tak kenal.
0 comments:
Post a Comment