loading...

Wednesday, 13 July 2016

Hancur remuk hatinya bila suami bawa pulang seorang wanita yang mahu dijadikan sebagai isteri, untuk berbuka puasa bersama.

Hancur remuk hatinya bila suami bawa pulang seorang wanita yang mahu dijadikan sebagai isteri, untuk berbuka puasa bersama. Dia tenang dan siap bersembang dengan wanita itu. Sejak berkahwin, dia juga langsung tak pernah disentuh. Takut ditinggalkan, dia rela berkongsi.....

Hello semua, selamat hari raya.... Aku nak share kisah abang aku dan kakak ipar aku. Bukan nak masuk campur hal rumah tangga mereka, sekadar nak berkongsi kisah mereka sahaja....

Abang Paih, 26 dan kakak ipar Yaya, 22, baru setahun berkahwin bukan atas dasar cinta, kerna pilihan mak aku dan sebab-sebab tertentu. Yaya, student degree di USM, Paih pula baru dua tiga tahun bekerja. Yaya ini, anak tunggal dan yatim piatu... Ibu bapanya meninggal empat bulan yang lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. ....


Paih ini alim-alim sikit, kiranya geng-geng masjid. Muka boleh tahan handsome, Yaya pula tidaklah se'alim Paih, hanya perempuan biasa, pakai tudung biasa, tak labuh pun. Tetapi Yaya ini manja, putih, gebu, muka manis....

-Dalam keluarga aku, Paih seorang saja yg sudah berkahwin. Kakak2 aku masih bujang. Paih satu-satunya anak lelaki. Ayah kami meninggal enam tahun yg lalu. Dalam rumah, semua perempuan...

-Paih jenis yang tidak membantah, dia ikut saj cakap mak. Mak suruh kahwin, dia kahwin. Aku mula2 ingatkan Paih betul-betul menerima Yaya. Tetapi Paih tak ambil tahu langsung tentang Yaya. Selepas nikah, Paih terus keluar jumpa member. Kenduri pun, kawan2 Paih tak datang. Mungkin tidak dijemput. Seingat aku, Paih tak pernah tidur dalam bilik kalau Yaya ada di rumah. Selalunya Paih akan tengok televisyen sampai terlena....

-Baru-baru ini, minggu kedua bulan puasa, Yaya sekarang tengah cuti sem. Yaya kalau cuti akan balik ke rumah kami. Malam itu dalam jam 10 malam, Paih balik rumah dan ternampak Yaya. Sebagai isteri, Yaya menghulurkan tangan mahu bersalam dengannya, tetapi Paih langsung tidak menyambut salam Yaya. Dia buat tak tahu sahaja dan beredar ke dapur....

-Masa kami sedang melayan cerita di televisyen, Paih datang depan dan sound Yaya sebab tak jaga aurat. Gara-gara Yaya memakai baju putih jarang dan tak cukup kain katanya, dan tak pakai tudung. 
Kami pada masa itu rasa bengang habis. Kakak aku, Kak Mila, 29, terus sound Paih, back up Yaya. 

"Bodoh apa Paih ini? Itu kan isteri kau! Aurat tang mana? Kejadah apanya nak pakai tudung dalam rumah? Lagi pun rumah ini tak ada lelaki lain. Hanya Paih satu-satunya lelaki dalam keluarga ini," kata Mila. 

-Kalau ikutkan, kakak nombor 2, Kak Fatin, 27, lagi seksi. Mungkin Paih sengaja mencari pasal dengan Yaya. Tetapi Yaya diamkan diri saja. Tak adap ula nak melawan atau marah-marah. Dia buat tak tahu saja sambil makan kudapan. Yaya pun tahu yang Paih memang tidak berkenan dengan dia. Ada saja yng tak kena dirinya di mata Paih. 

-Keesokannya, Yaya bersiap, pakai pakaian cantik siap tudung berbelit lagi, macam nak keluar. Mak tanya Yaya nak pergi mana. Yaya cakap tak ke mana, saja nak melawa di rumah. Padahal kami boleh agak yang Yaya sebenarnya sentap dengan Paih malam tadi. 
Sejak dari itu, Yaya memang pakai baju menutup aurat, tak pakai t-shirt lengan pendek, siap pakai tudung dalam rumah. Kami pula yang terasa rimas. Kak Mila selalu kata, "Buka sajalah tudung tu, bukannya ada seiapa pun,". Tetapi Yaya kata tak apa. 

-Paih memang selalu cari pasal dengan Yaya, selalu sangat dia menyakitkan hati Yaya. Aku tidak pasti sama ada Yaya ini jenis penyabar atau memang jenis tak peduli kalau Paih condemn dia. Yaya rileks saja, tiada pula nak melenting atau tawar hati ke apa. Entahlah. 

-Ada satu hari, awal pagi, Paih beritahu mak yang ada kawannya mahu berbuka di rumah. Mak setuju saja. Hari itu, kami pun masaklah lebih sikit. Dekat jam 6.30 petang, Paih balik ke rumah dengan 'kawannya'. Kami ingatkan lelaki, rupanya kawan perempuan. Tudung labuh, berpurdah, satu universiti dengan Paih dulu. Kalau sekali tengok, memang secocoklah. 

-Kak Mila dengan Kak Fatin pergi ke dapur, tengok-tengokkan Yaya. Muka Yaya cool gila, rileks seperti biasa. Tetapi dalam hati dia, siapa yang tahu? Mak pula dah buat muka tak berapa nak mesra. Tetapi kami sembang saja dengan kawan abang itu. Atikah namanya, berusia 24 tahun dan sebaya dengan aku. 

-Kira dalam keluarga aku, Yaya paling muda. Yaya ini kalau dengan mak memang manja, lebih manja dari kami adik beradik. Yaya ini jenis yang tunjukkan kasih sayang. Yaya tak segan nak peluk mak, cakap I love you pada mak, cium pipi. Kami adik beradik pun tak manja macam Yaya, mungkin sebab Yaya anak tunggal agaknya. Kami segan sikit tapi kami sayang mak gila-gila. 

-Selepas berbuka, kami solat siap-siap. Paih jadi Imam. Selepas itu kami pun bersembang-sembang, duduk depan televisyen. Yaya pun bersembang dengan Atikah. Kak Fatin memang dah bagi hint macam nak suruh Atikah ini balik. Dok bertanya pukul berapa Paih nak hantar dia balik apa semua. 

-Selepas hantar Atikah balik, Paih duduk sekali dengan kami dan tanya pendapat mak tentang Atikah. Mak cakap okay saja dengan nada yang malas nak melayan. Sebab kalau boleh, mak tak nak bercakap tentang hal itu di depan Yaya. Tetapi Paih ini bodoh dan pentingkan diri. 

"Lepas raya ini kita hantar rombongan meminang ye mak?" katanya. 

-Mak terus terdiam.

"Kau ni memang tak pandai jaga hati orang lain ke apa?!" Kak Fatin terus sound direct. 

"Rileks, kalau tak nak pinangkan tak apa. Tak payah melenting," katanya terus keluar dari rumah. 

-Yaya cakap dia mengantuk dan terus masuk bilik. Mak pun terus masuk bilik. Kak Fatin dan aku masuk ke bilik Kak Mila. Kami cerita pada Kak Mila, Kak Mila kata dia dah agak dah yang Atikah itu ada hubungan dengan Paih. 

"Geram dengan Paih ni. Alim tapi takkan tak tahu adab-adab rumah tanga?" kata Kak Mila. 

-Kami bersembang sampai jam 3 pagi. Dengar kereta Paih masuk parking, dalam 10 minit kemudian, dengar Paih panggil mak. Mak pun bangun. Kami pun pergi dekat pada Mak. Mak masuk bilik Paih, tengok Yaya tengah mengigau ke apa, aku tak pasti. Tetapi dalam tidur dia menangis, mulut dia memanggil ibunya. 

"Mama mana? Mama mana? Nak mama," katanya. 

-Mak cuba kejutkan Yaya, tetapi Yaya tak bangun-bangun. Paih masih ego dan kata Yaya berpura-pura menagih simpatinya. Entahlah. 

-Paih ini bengong agaknya. Mak kata Yaya demam, mak marah Paih di depan kami. Apa yang kami dengar, 

"Mak, Paih tak pernah sentuh Yaya. Yaya masih dara lagi. Yaya tak rugi apa pun. Paih rasa Paih tak sesuai dengan Yaya," katanya. 

Mak mengucap panjang. 

"Kenapa tak beritahu yang Paih tak suka Yaya?" soal mak. 

"Dulu tak nak bangkang cakap mak. Paih tak ada pun tinggi suara dengan mak. Tetapi Paih cakap antara sebab Paih tak suka Yaya sebab Yaya tak macam Atikah. Nak sembang bab ilmu agama pun Yaya tak pandai. Nak sembang bab hadis pun Yaya tak reti. Masak pun tak pandai. Kemas rumah pun tak pandai," katanya. 

-Tetapi bagi aku, Paih tak boleh salahkan Yaya sebab perkara-perkara seperti itu boleh belajar. Di mata aku, Yaya ini pembersih, tak berkira, permurah, tak memilih. Paih pun bukannya sempurna sangat. 

Aku kasihan pada Yaya. Paih macam jahat sangat. Yang paling aku sedih, Yaya ada tweet, 

"First time jadi makmum awak. Nak salam tapi takut,"

Selepas itu ada tweet-tweet yang lain lagi. 

"Cantiknya pilihan hati awak, saya sudi berkongsi. Tetapi awak jangan tinggalkan saya. Saya dah tak ada sesiapa," 

"Tiba-tiba rindukan mama" dan sebagainya. 

Selepas Yaya sembuh dari demam, kami yang perempuan banyak keluar pergi jalan, berbuka di luar. Masa dalam kereta, mak tanya Yaya tak ada ke nak berbuka dengan kawna-kawan ke?  Yaya cakap ada, tetapi Paih pesan jangan pergi mana-mana selain dengan keluarga. 

Remuk hati mak. Mak cakap, "Pergi saja, nanti mak cakap dengan Paih,"

Tetapi Yaya enggan. Paih pula berbuka seorang diri di rumah. 

Mak pernah buka purse Yaya. 

"Ada RM2 saja ke Yaya?" 

"Alaaa! Malulah mak buka purse kita. Duit kita dah habis buat bayar yuran. Malulah kita," katanya. 

"Paih tak bagi duit ke?" soal mak lagi. 

Yaya tergelak-gelak. Lambat-lambat baru cakap bagi. 

Walaupun arwah mak dan ayah Yaya tinggal duit pada Yaya tetapi dia bukan jenis yang membazir. Masa kami pergi cari baju raya pun, Yaya macam tidak berminat. Yaya kata baju dia dah banyak/ Ada satu hari, mak belikan Yaya gelang, tetapi mak suruh Paih bagi pada Yaya, kononnya macam Paih yang belikan gelang itu. 

"Tak payahlah mak. Membazir saja. Paih simpan bagi dekat bakal menantu mak nanti sajalah eh," katanya. 

Aku tak tahulah Paih ini perangai macam apa. Orang luar nampak dia macam baik sangat. Padahal dengan isteri sendiri, layanan macam apa saja diberi. Aku malas nak masuk campur. Tetapi sepanjang yang aku nampak dengan mata kasar aku ini, Paih memang kejam. Kasihan Yaya. - Adik Kau 



0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...