loading...

Tuesday 12 July 2016

(Foto) Lori Tangki Minyak Terbabas, Karak Sesak Teruk



Kuala Lumpur, 12 Julai: Sebuah lori membawa tangki petroleum terbabas di kilometer 32.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran dengan Genting Sempah dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi menyebabkan kesesakan teruk kedua-duah arah.

Jurucakap MTD Prime ketika dihubungi memberitahu, lori tangki tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Setiba di lokasi kejadian, lori itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan ia terbabas merempuh penghadang lebuh raya menyebabkan tangkinya menghalang laluan sepenuhnya.

"Bagaimanapun, tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu dan pemandu lori juga tidak cedera," katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, laluan menghala Kuala Lumpur sesak sepanjang tiga kilometer manakala dua lorong menghala Kuantan terpaksa ditutup untuk kerja pengalihan dan pembersihan.







0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...