loading...

Monday, 25 July 2016

Biar Adira Rasa Apa Yang Pernah Saya Rasa”

Pada: Selasa, 26 Julai 2016
Adira AF, Berita Artis, Kontroversi, Pelakon, Poligami,
Kisah Dato Red bersama Ruhainies sehingga kini masih lagi cukup hangat diperkatakan. Malah, ini bukan kali pertama Dato Red mencetuskan kontroversi dan spekulasi. Dahulu, beliau kahwin secara senyap dengan Adira dan ia turut menjadi perhatian ramai.

Apabila kes Dato Red bersama wanita lain hangat diperkatakan, ramai yang tertanya apakah perasaan isteri pertamanya Datin Red atau dikenali sebagai Syarifah.

Menurut Datin Red menerusi portal Utusan Online, beliau sudah cukup masak dengan perangai Dato Red dan kini tidak mahu lagi ambil pusing mengenai segala perkara negatif yang dikaitkan dengan suaminya itu.

Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?

Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia.


Berbicara mengenai soal bermadu, Datin Red akui hatinya hancur saat Dato Red bernikah bersama Adira dan yakin bahawa madunya itu kini merasakan perkara yang sama.

Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini. Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya.

Sebenarnya Datin Red juga jujur berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Dato Red ingin berkahwin buat kali ketiga.

Sering tampak tabah, Datin Red memberitahu anak-anak merupakan kekuatan untuk beliau terus hidup dan menerima segala ketentuan takdir.

Apa yang kuatkan saya adalah anak-anak, dan satu tip untuk hidup bersama suami saya ini. Jangan bebankan dia dengan masalah di rumah. Sebab itu sehari dua yang lalu, ketika satu Malaysia kecoh mengenai kisah Datuk Red dengan artis Ruhainies, bila dia pulang ke rumah sepatah pun saya tidak bertanya soalan yang sama.

Datin Red berkahwin dengan Dato Red kira-kira 10 tahun lalu,pada waktu itu suaminya bekerja sebagai pemandu lori sayur.

Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak. Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik.

Seorang wanita itu mempunyai tahap kesabaran yang agak tinggi tetapi jika seorang lelaki yang disayangi dan dicintai menghancurkan segala perasaan kasih dan percaya maka hati wanita itu boleh jadi sekeras batu. Hmmph, kami harap Datin Red kekal tabah dalam menghadapi segala dugaan. -Utusan

Tag : Adira AF , Berita Artis , Kontroversi , Pelakon , Poligami

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...