Along yang tampil semalam di Bharian, memberikan penjelasan mengenai gosip berkenaan, dan kelihatannya Along mahu mempertahankan aib dan martabat keluarganya yang menjaga anaknya gara-gara tindakan Zila terhadap Along.
"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya.
"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya.
"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?"
"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya?
"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan.
"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami,"
"Bagaimanapun, hanya ini yang boleh saya ceritakan kerana kes perceraian kami masih dalam perbicaraan," katanya
Along berkata, dia menfailkan saman nusyuz terhadap Zila baru-baru ini disebabkan tindakannya keluar tanpa meminta izin suami.
Tag : Along , Anak Artis , Berita Artis , Pelakon , Pelawak , Perceraian Artis , Pergaduhan , Rumah Tangga
0 comments:
Post a Comment