Sumber: Cosmopolitan.my Oleh: Aimi Nordin
#1. Dry – Cleaning elakkan pakai berbulu dan tertarik
Sebelum dry-cleaning pakaian baca dulu label pada pakaian okay? Kalau ada tulis ‘jangan dry-clean’ kerana mungkin pakaian anda ada lapisan istimewa yang boleh ditanggalkan oleh pencuci dry-clean.
#2. Pelembut fabrik tak semestinya perlu
Ia perlu! Pelembut fabrik bukan saja melembutkan pakaian tetapi juga buat ia berbau lebih wangi! Macam rambut lah tak pakai conditioner mesti kusut kan?
#3. Kamu patut cuci pakaianmu selepas setiap kali memakainya
Orang selalu lepas pakai baju terus cuci. Pakai seluar terus cuci. Ada sesetengah pakaian yang pakai berulang kali pun tak apa. Contohnya macam seluar jeans dan kemeja. Tapi jangan pula baju dalam dan seluar dalam basuh sekali sekala. Euuuww !
#4. Jika cuci pakaian dalam washing machine, ia akan mengecut
Orang kata kalau cuci pakai mesin baju cepat kecut. Mana ada! Menurut Rachel, proses mengecut sebenarnya terjadi semasa di dalam dryer, bukan di dalam washing machine.
#5. Menggantung bajumu adalah cara terbaik untuk mengeringkannya
Sesetangah baju akan tinggalkan kesan jika pakai hanger terutama bila terdedah pada matahari. Jadi lebih baik sidai atau hamparkan je tempat lapang.
#6. Segala yang berfabrik cashmere atau sutera harus di dry-cleaned
Cashmere, polister dan sutera adalah fabrik yang perlu dibasuh secara dry-cleaned. Tapi kalau nak basuh cara biasa pun okay. Apa pun yang pasti setiap kali nak basuh apa jua jenis pakaian kena tengok dulu pada label okay?
0 comments:
Post a Comment