Mrym Lee menerusi akaun Facebook mendakwa emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadhan.
Ini sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang merasakan ia satu perkara yang mengarut dan bertentangan dengaan ajaran Islam. Malah, ia tidak manis untuk makan di khalayak ramai meskipun tidak boleh berpuasa. Ramai juga berpendapat ia akan mejatuhkan lagi imej wanita Islam.
Pada masa yang sama, Ida sempat berkongsi bahawa beliau pernah dihina dan diperli oleh pekerja restoran makanan segera sebelum ini kerana membungkus makanan kerana tidak boleh berpuasa. Ida tidak makan di hadapan khalayak pun sudah disindir apatah lagi bagi mereka yang makan secara terang-terangan di hadapan umum?
Sumber Berita : Malaysian Digest
Tag : Bulan Ramadhan , Gossip Artis , Ida Nerina , Kontroversi , Pelakon
0 comments:
Post a Comment