Skip to content
loading...

Tuesday, 24 May 2016

Panduan Buat Bakal Isteri


Setelah hampir setahun bertunang, kebiasaanya pasangan akan segera untuk disatukan. Itulah yang selalu diidamkan. Malah sebaik bergelar isteri, pelbagai tanggungjawab perlu dipikul. Ikuti tip ini untuk dijadikan panduan dalam melayari kehidupan berumah tangga.

1. Mengurus rumah tangga
Menjadi isteri bukanlah tugas yang mudah. Anda perlu bersikap rajin, pandai mengemas, pembersih dan bijak menguruskan pakaian dan makanan suami. Walaupun begitu, tugas mengurus rumah tangga tidak hanya pada kebersihan tetapi ia juga termasuk kepada kewangan. Sebagai isteri elakkanlah dari melakukan pembaziran, sebaliknya belajar  untuk berjimat cermat.

2. Taat
Sebagai wanita yang baru bergelar isteri harus menitikberatkan perkara ini. Ketaatan kepada suami sama seperti taat kepada ibu dan bapa ketika anda bujang. Patuh kepada suami bermakna melakukan apa sahaja tetapi tidaklah sehingga melanggar syarak.

3. Memasak
Setelah bergelar isteri, anda juga perlu bijak mengikat perut suami. Malah sudah menjadi tanggungjawab sebagai isteri menyiapkan hidangan untuk si dia. Jika tidak pandai memasak, anda boleh belajar melalui internet yang menghidangkan pelbagai resipi kesukaan.

4. Pendorong
Isteri adalah seorang sahabat kepada suami dan juga sebagai pendorong kepada suami. Jika berlaku masalah anda sebagai tulang belakang suami sebaiknya mendorong si dia supaya lebih bersemangat dalam mengharungi masalah tersebut.

5. Aktiviti sosial
Jika dahulunya anda boleh dianggap ligat bersosial, tetapi selepas kahwin anda dinasihatkan kurangkan aktiviti itu. Luangkan masa bersama suami dan belajar mengenali sikapnya yang anda tidak tahu sebelum ini. Mungkin dia jenis yang suka berkebun, memancing ataupun melakukan aktviti lasak.

6. Pendengar terbaik
Jadi pendengar yang setia dalam setiap masalah yang suami hadapi sama ada soal kerja atau peribadi. Dengan meluahkan masalah mungkin boleh menyebabkan pasangan menjadi lega dan anda juga boleh memberi nasihat dalam perkara berkaitan.

sumber gambar : Jambang Photo

hiasan

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...