KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis mengesan invididu yang menyunting serta menyebarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap mengaibkan di laman sosial.
Sebelum ini, PDRM telah mengesan dan menyoal pengguna akaun Twitter bernama @DJStarscreamx berkaitan gambar PM yang telah disunting menggantikan wajah pengasas kosmetik, Dato Vida yang dianggap mengaibkan.
Gambar itu telah di edit oleh pengguna facebook dengan nama Wak Rico Rock Kapak dengan caption, “Qu Samun, Qu Samun, Barulah Penyamun!” dan ia dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Selepas hal ini berlaku, masih ramai yang berani untuk melakukan perkara tersebut tanpa menghiraukan konsikuensi yang akan berlaku kepada mereka, termasuklah melakar karikatur Najib Razak berwajah badut.
Kartunis dengan nama Fahmi Reza di akaun Facebook yang didakwa bertanggungjawab melakar gambar badut muka Najib Razak ini juga telah disoal pihak PDRM kerana tindakan biadap mengaibkan serta menyebarkan poster dan lukisan tersebut.
Sebarang tindakan mengaibkan PM dengan menggunakan gambar atau video multimedia akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian), dan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan).
Jika didakwa dan didapati bersalah atas tuduhan, mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Perkara ini bukan sahaja mengaibkan maruah seorang individu terpenting di Malaysia, malah ia juga memburukkan nama Malaysia di mata dunia kerana tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini sering menjadi perhatian.
0 comments:
Post a Comment