SEREMBAN: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi dalams atu kenyataannya menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sebagai seroang panglima perang orang Islam, lapor Sinar Harian.
Menurut beliau, kerana itu menyebabkan beliau terpaksa berahsia dalam banyak perkara sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang terus melemparkan tuduhan.
“Kita patut sokong dan sanjung Perdana Menteri. Adakah patut kita nak jatuhkan beliau diamanahkan mengetuai jentera perang kita?
"Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan kita perlu dirahsiakan,” katanya.
Beliau turut mengulas isu RM2.6 bilion di mana katanya perkara berkenaan sudahpun diperjelaskan dan sepatutnya tidak timbul melainkan ada sesetengah pihak cuba ambil kesempatan nak jatuhkan Najib.
0 comments:
Post a Comment