ZHENJIANG - CHINA. Yao Nanshan, 57, jutawan China sebelum ini tinggal di Sepanyol, namun kerana cintanya, dia meninggalkan kekayaan dan tinggal bersama isterinya yang hanya seorang petani di sebuah perkampungan Zhenjiang.
Kisah cinta kedua pasangan ini bermula ketika Yao melakukan kajian pada tahun 2013 di Yunhe, wilayah Zhenjiang.
Leka dengan pemandangan yang menakjubkan di perkampungan tersebut, dia bersama beberapa rakannya ketinggalan bas dan terpaksa bermalam di kampung itu.
Mereka terpaksa meminta simpati seorang petani untuk bermalam di sebuah rumah penduduk di situ, lapor NetEase.
Di situlah bermulanya perkenalan antara Yao dan isterinya, Liu Lijuan.
Yao tertarik dengan ketabahan ditunjukkan wanita itu yang terpaksa menangung anak perempuannya yang menghidap penyakit darah serta kehilangan suami akibat kanser perut.
Malah wanita itu juga terpaksa menanggung hutang yang banyak selepas terpaksa membayar perbelanjaan perubatan ketika merawat suaminya.
Yao bagaimanapun kembali semula ke kampung itu untuk meluahkan perasaanya terhadap Liu sebulan kemudian.
Pada mulanya wanita itu enggan menerima lelaki itu kerana tidak mahu menyusahkan lelaki berkenaan, namun kemudian bersetuju dengan lamaran lelaki itu.
Liu bagaimanapun tetap mahu tinggal di kampung itu dan cuba untuk membayar hutangnya dengan sendiri.
Kerana cinta dan sayangnya terhadap wanita itu, Yao akhirnya mengambil keputusan untuk menentap di kampung itu dan menyerahkan kesemua perniagaan kepada anaknya.
Sementara itu, anak lelaki itu pada mulanya menganggap ayahnya gila namun apabila melihat kegembiraan yang dikecapi lelaki itu menyebabkan mereka merestui perkahwinan tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada 25 Disember tahun lalu dan turut membuka sebuah hotel untuk menampung perbelanjaan bagi membayar hutang wanita itu.

0 comments:
Post a Comment