loading...

Thursday, 25 February 2016

(Video) Islam Haram Jual Beli Kucing - Dr. Fathul Bari





SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai dalam kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing sebenarnya adalah haram.

Menerusi rakaman video program beliau, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas) Fathul Bari berkata larangan itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Katanya juga, orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan tersebut hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.

"Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," kata beliau.

Dipetik dari Facebook rasminya, Fathul Bari memetik hadis mengenai perkara itu bersama video rakaman tersebut :

Dari Abu Az Zubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,

زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ

"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras hal ini." [HR. Muslim no. 1569].

Abu Muhammad Ibnu Hazm mengatakan bahawa yang dimaksud dengan 'zajar' dalam hadis di atas adalah larangan keras. [Al Muhalla, 9: 13]

Lagi dari Jabir, beliau berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing." [HR. Abu Daud no. 3479, An Nasai no. 4668, Ibnu Majah no. 2161 dan Tirmidzi no. 1279. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih].

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...