loading...

Thursday, 25 February 2016

Siti Nordiana Nafi Bercinta Dengan Pengurus Sendiri

http://www.rotikaya.com/wp-content/uploads/2016/02/

Menjawab kembali mengenai khabar angin bahawa dirinya bercinta dengan pengurus, Siti Nordiana atau Nana menafikan perkara tersebut dan dalam masa yang sama menerima berita tersebut sebagai salah satu lumrah dalam kehidupan selebriti.
“Anas sudah lama menjaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita,” jelasnya melalui BH Online.“Memang tiada sebarang hubungan cinta antara saya dan Anas. Mungkin orang tengok dia selalu ke hulu ke hilir bersama saya atas urusan kerja, jadi mereka pantas menganggap adanya hubungan istimewa antara kami”
Tambah Nana, ketika ini dia selesa dengan status ibu tunggal bersama anak lelakinya, Mohamad Rayyan Nakhaie. Nana dan Faizal berkahwin pada 2006 dan berpisah tiga tahun kemudian. Faizal yang kemudian berkahwin lain meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...