“Didalam alam perkahwinan, jika kamu ingin berkahwin lain kerana tidak mampu tahan dengan karenah isteri, dan berusaha dengan bersabar untuk mendapatkan kebaikan tetapi tidak mampu juga dan ingin menggantikan dengan orang lain.”
“Jika kamu mampu bertahan, kamu akan berbuat dosa kepadanya, baru di sini kamu boleh berkahwin lain. Tapi bukan dengan bila tidak suka dengan perangai isteri, terus kita pergi mahkamah untuk cerai. Bukan ada dugaan sikit terus cerai. Tidak! Allah سبحانه وتعالى memberi pelbagai ‘option’ untuk mempertahankan perkahwinan.”
“Perkahwinan di antara suami dan isteri ini adalah ibarat bahtera yang belayar di atas lautan yang luas. Makanya, ketua kepada bahtera itu mesti pandai dan belajar ilmu pelayaran. Allah سبحانه وتعالى berfirman, kalau kamu risau isteri kamu nusyuz, kamu nasihati dia dahulu. Kemudian pukullah dia.”
“Akan tetapi bukan dengan pukulan yang geram dan bukan juga dengan pukulan nafsu amarah. Kalau kamu kaum lelaki nak bergaduh dengan fizikal, biar dengan orang yang setaraf dengan kamu. Jangan dengan isteri kamu pun bertumbuk, dan ini dayus. Ini adalah perkara aib, bilamana seseorang suami memukul kepada isterinya sampai melukainya.”
“Makanya sebaik-baik perkahwinan yang patut di contohi adalah Rasulullah ﷺ. Mereka orang-orang orientalis suka mengambil sebahagian daripada ayat Al-Quran dan mengatakan Islam membenarkan suami pukul isteri. Mereka menafsir sendiri ayat itu. Akan tetapi kita perlu melihat sebab apa yang membolehkannya.”
“Didalam hal yang mencabar kepada Allah سبحانه وتعالى, melanggar syariat Allah سبحانه وتعالى maka wajarlah dipukul itupun bukan dengan niat mencederakan. Pukul bukan kerana nasi kurang masak, atau kopi kurang gula. Tidak basuh baju anak dan sebagainya. Tidak, mesti tengok sebab.”
“Wahai kaum suami, jadilah ‘hakim’ yang bijaksana dalam mengambil tindakan, jangan kerana nyamuk kita bakar kelambu. Kadang-kadang, orang bising dua puluh empat jam kerana pecah pinggan sebiji saja. Tetapi langgar hukum Allah سبحانه وتعالى seperti tiada apa yang berlaku. Satu rumah tidak solat Subuh, OK je. Anak tak tutup aurat, OK je.”
“Yang patut dia ambil tindakan tegas untuk menyikapi dalam rumahnya. Adakah kerana pinggan pecah, atau makanan lambat siap atau bila isterinya tak pakai tudung? Kata Sayyidah Aisyah; Rasulullah ﷺ sangat ‘tolerance’ dalam segala hal berkaitan hak dirinya tapi sangat tegas jika dalam hal-hak yang menyentuh hukum-hakam Allah سبحانه وتعالى.”
“Perkahwinan yang paling barakah ialah yang paling sederhana mas kahwinnya, walaupun perempuan boleh menuntutnya. Rasulullah ﷺ banyak sangat bertolak-ansur dalam hal berkaitan dirinya. Dalam satu kisah; “Sayyidah Aisyah mengatakan perkataan yang tidak enak kepada Sayyidah Sofiyah dan Rasulullah ﷺ menegur beliau dan mengatakan yang kata-kata Aisyah itu jika di letak ke dalam laut, pasti akan berubah warna laut.”
“Lihat Baginda Rasulullah ﷺ tegas; “Apa katanya? Hanya merendahkan sahaja tapi Nabi ﷺ tegas kerana berkaitan hukum-hakam. Dalam kisah rumah tangga Rasulullah ﷺ dan Siti Aisyah, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil. Walaupun kadang-kadang ada masalah antara mereka, kita jangan tengok sebelah mata sahaja, buka dua-dua, berapa banyak pengajaran yang dapat diambil?”
“Hingga hari ini, jika orang belajar tentang rumah tangga Rasulullah ﷺ dan Aisyah, mereka akan dapati rumah tangga itu yang terindah. Dalam satu kisah Rasulullah ﷺ dan Aisyah bergaduh dan meminta Sayyidina Abu Bakar jadi hakim. Rasulullah ﷺ bertanya siapa yang patut memulakan bicara kepada Sayyidina Abu Bakar yang bertindak sebagai hakim?”
“Siti Aisyah menyuruh Nabi ﷺ mulakan, tetapi pesannya; “Kamu cakap yang benar sahaja tau.” Mendengarkan itu, Sayyidina Abu Bakar mengangkat tangan untuk memukul Aisyah. Aisyah pun berlindung di belakang Rasulullah ﷺ. Sayyidina Abu Bakar berkata; “Bila Rasulullah ﷺ pernah untuk bercakap tidak benar?”
Rasulullah ﷺ pun meleraikan dan berkata bukan itu tujuannya memanggil Sayyidina Abu Bakar.”
“Sayyidina Abu Bakar keluar dan sekembalinya didapati Rasulullah ﷺ dan Siti Aisyah sudah berbaik semula, walaupun marahnya belum lagi reda. Ini menunjukkan cepatnya Rasulullah ﷺ berbaik-baik dengan isterinya tidak mengambil masa dua tiga hari, dan tidak keluar menginap di luar rumah. Dan tidak merajuk keluar entah ke mana seperti yang banyak berlaku pada hari ini.”
“Mereka tidak belajar dari Rasulullah ﷺ. Ini adalah rumahtangga yang dipantau Allah سبحانه وتعالى dua puluh empat jam. Rumahtangga Rasulullah ﷺ ialah rumahtangga yang diberkati. Contohilah Rasulullah. Belajarlah dari rumahtangga ini dan anda akan menjadi orang yang paling berjaya dan akan melihat indahnya kehidupan berumahtangga.”
0 comments:
Post a Comment