loading...

Sunday, 14 February 2016

Ketokohan Nik Aziz boleh difilemkan


KUALA LUMPUR: Pengarah Filem, Aziz M Osman tidak menolak ketokohan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh difilemkan dan menjadi filem terbaik.

Beliau pada program Bicara Harakah "Mengenang Murrobi Ummah" berkata ketokohan yang dimiliki Almarhum akan menjadi pedoman kepada masyarakat.

"Kalau ditanya boleh difilemkan atau tidak, pasti boleh dan ia boleh menjdi filem terbaik seperti mana filem-filem barat yang menonjolkan pemimpin-pemimpin mereka.

"Ketokohan tok guru boleh menjadi pengetahuan kepada semua masyarakat dan kita memang perlu tahu apa yang beliau miliki," katanya di MyHarakah Bazar.

Aziz yang melihat kunjungan orang ramai ketika Almarhum meninggal dunia setahun yang lalu juga perlu diketahui umum.

"Luar biasa rakyat datang ketika beliau meninggalkan kita, ini perlu diketahui kenapa.

"Tetapi dalam bab filem ada yang akan kritik, itu adalah lumrah, perkara ini hanya akan berlaku bila ada kerjasama baik antara dua pihak," sambung beliau lagi.

Beliau yang berpendapat sesuatu yang baik dimiliki Almarhum perlu dipertontonkan kepada dunia, siapa yang kita miliki.

"Benda tidak mustahil untuk kita lakukan, perlu kajian secara menyeluruh.

"Kita ceritakan revolusi yang dilakukan sepanjang hayat Almarhum," katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...