loading...

Thursday, 21 January 2016

Takde Dah Kucing Yang Wajib Kejut Subuh





Sumber IG tkdnxv
 
Bagi seorang pencinta dan pemilik kucing, kehilangan kucing akan menjadi peristiwa yang paling menyedihkan. Cat lovers akan menganggap kucing ini sebagai anggota keluarganya. Pemergian kucing seolah-olah dirasai seperti kehilanganahli keluarga.
 
Cat lovers biasanya adalah seorang yang sangat peka dan hatinya sangat mudah tersentuh. Oleh itu, berhati-hatilah ketika berbicara tentang kucingnya yang baru pergi. Kucing bagi cat lovers adalah teman rapat mereka kerana mereka berkongsi cerita dan perasaan bersama-sama. Telatah kucing yang lincah dan manja akan membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati padanya.
 
Kami sangat tersentuh membaca luahan hati jejaka ini yang baru sahaja kehilangan kucingnya. Kisah yang dikongsi melalui laman Instagramnya dengan nama tkdnxv membuatkan ramai yang sebak dan followersnya di Instagram turut memberikan kata-kata takziah dan semangat kepada lelaki ini di atas pemergian kucing tersayang. Jom kita baca kisah pemuda ini dan kucing kesayangannya yang bernama Ebi.
 
“Semalam pukul 2 pagi ada dengar bunyi anjing kuat gila. Terus cari ebi. Turun bawah, bukak gate, slow2 g tengok mmg ada benda terbaring atas tanah. Mintak2 bukan ebi, pejam mata slow2 jalan kearah benda tu. Dalam hati aku, tolong bukan ebi, tolong bukan ebi. Tapi aku silap, memang ebi. Aku hampir rebah. Kucing yg aku belai hari2 cium hari2 skrg depan mata aku berlumuran darah, badan dikoyak2, kepala aku xboleh fokus. Aku xboleh terima. Aku sayang ebi lebih dari sekadar seekor kucing. Yang tau kisah kucing aku dgn aku saja yg akan faham. 7-8 ekor anjing dewasa serang dia, ebi belum cukup 1 tahun, dia manja terlampau walaupun dia nakal. Takde dah kucing yg wajib kejut subuh, yg mmg akan datang cium pipi sebagai terima kasih selepas makan walaupun lepas tu nak keluar rumah. I cant get over it. Aku masih xfaham dlm byk2 kucing liar, kenapa ebi yang kena benda ni. Patutlah 2-3 hari ni melampau manja dia. Perangai dia one of a kind. Kucing yang bukan sekadar kau syg dia sbb dia comel. Dia kucing kampung yg xcomel mcm kucing org, ekor dia pun cacat, kucing yg ada perasaan rindu bila kena boarding 3 hari dkt klinik, kucing yang tahu merajuk kalau lebihkan yg lain, kucing yang mintak teman makan kalau tak memang dia takkan makan, yang pandai berterima kasih, yg pandai memujuk atau memanggil kalau dia dapat tangkap sesuatu, yang tahu kalau aku nak g kerja dia akan baring atas katil mengiau mintak belai, yang tunggu depan pintu everytime kereta aku masuk parking. Dia comel dalam kekurangan dia tu. Allah, imagine lah kucing yg teman hari hari hidup bujang, yg kongsi almost everything walaupun aku tau dia xfaham. Tapi skrg aku rasa dia faham. Sbb dia dah ada dalam hati aku. Yes, ebi tu kucing je tapi dia bukan sekadar kucing. Dia bestfriend, dia family. Hati aku hancur”.

Semoga pemuda ini redha dengan pemergian kucingnya.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...