loading...

Sunday, 10 January 2016

"Tahniah, Syabas" CIMB - Rungut Neelofa


Kebiasaannya jarang sekali kita perlu berhadapan dengan masalah-masalah yang melibatkan bank. Sekiranya timbul masalah sekalipun, perkara itu biasanya dapat diselesaikan dengan sekelip mata.

Tapi tidak dalam kes yang baru sahaja terjadi kepada pelakon dan juga ahli perniagaan, Neelofa.

Menerusi Facebooknya, Neelofa memuat naik satu status yang dimulakan denga ayat "Tahniah! Syabas CIMB!".

Di dalam posting tersebut, difahamkan Neelofa menghadapi masalah untuk men'clear'kan transaksinya.

Menurut Neelofa, kerana masalah yang timbul dia terpaksa menunggu sehingga 4 jam di sebuah kedai sehinggalah masalah itu selesai.

Neelofa turut menambah biarpun dia telah membuat 6 panggilan, masalahnya tidak dapat diselesaikan.

Selain itu Neelofa juga turut meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku biarpun sudah bertahun-tahun dia menggunakan khidmat CIMB.

"Saya sangat kecewa dengan servis kamu dan perkara ini menyebabkan saya berfikir dua kali untuk menggunakan khidmat kamu @cimbmalaysia.

"Kamu sepatutnya memudahkan perjalanan saya tapi sebaliknya kamu membuatkan saya menghadapi masalah-masalah yang tidak perlu", tulis Neelofa.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...