loading...

Sunday, 3 January 2016

PENURUNAN HARGA MINYAK AKAN KURANGKAN BR1M?



“To gain something, we have to loose something” … itulah kata2 motivasi Barat yg lebih tepat dalam isu pengurangan harga subsidi minyak ini. Memang benar, siapa pun akan berasa kesal dgn kenaikkan ini, apa lagi jika kita tidak memahami sebab musabab & rasionalnya atas tindakan mengurangkan subsidi itu. Seperti juga artikel ini, anda harus membacanya sehingga habis utk memahami isu sebenar, walaupun anda terpaksa mengorbankan beberapa minit anda utk membacanya. Bila malas membaca, itulah yg akhirnya akan keluar komen2 yg dangkal serta lari jauh dari tajuk.

Pakar2 ekonomi berpendapat langkah mengurangkan subsidi minyak mencerminkan komitmen padu kerajaan untuk memastikan kedudukan ekonomi dan fiskal negara terus kukuh serta berdaya saing sekali gus memberi kesejahteraan kepada rakyat. Ia dilaksanakan tepat pada masanya dan wajar untuk mengurangkan defisit fiskal negara, justeru memastikan ekonomi negara terus mantap berkembang dalam situasi pasaran global yg masih tidak menentu.

Pengurangan subsidi secara berperingkat seperti ini tidak memberikan kejutan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ia jelas dibuat pada pertimbangan yg sangat wajar dan bertimbang rasa bagi meminimumkan kesan inflasi. Langkah ini sudah lama tertangguh, dan kini sudah tiba masanya kerajaan melaksanakannya. Ia dibuat secara beransur2 yg mana langkah inisebenarnya bagi menyokong kewangan awam.
Jika pemberian subsidi yg besar seperti sekarang diteruskan, kerajaanperlu mengorbankan lebih banyak perbelanjaan pembangunan & perlu menanggungbebanan hutang yg lebih besar jika masih mahu meneruskan dengan projekpembangunan. Justeru kerajaan juga wajar menyemak semula harga bahan apitempatan setiap enam bulan bagi menyelaras harganya dengan pasaran global.

Pengurangan subsidi secara berperingkatini lama kelamaan akan diterima oleh masyarakat & kita berharap menjelang2015 subsidi harga bahan api ini dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagaimanapun iamemerlukan mekanisme yg tepat, kerana kita tidak mahu berlakunya sebarangkenaikan harga dan perkhidmatan yg mendadak sehingga boleh menyekat pertumbuhanekonomi.

Kini, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 danRM1 seliter bagi diesel, dengan jumlah bahan api yg diperuntukkan oleh kerajaanbagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen inibermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan80 sen seliter untuk diesel.

Rasionalisasi pengurangan subsidi itu tepat pada masanya kerana Malaysiaadalah pengimport minyak. Tambahan pula, peningkatan harga minyak yg diumumkankerajaan tidak begitu tinggi berbanding di Indonesia, (22/06/2013) minyak bersubsidi jenis(Gasoline) RON 88 premium ditetapkan Rp 6.500 per liter. Harga asal sebelumnaik adalah Rp 4.500 yg mana mengalami kenaikan sebesar Rp2.000 sa liter ygbersamaan sekitar 72 sen wang Malaysia (melebihi kenaikkan malaysia yg cuma 20 sen).

Bagaimanapun, kerajaan boleh memperkenalkan sistem khusus, sepertisistem baucar sebagai langkah sementara bagi membantu mereka yg berpendapatanrendah menyesuaikan diri dengan rasionalisasi kenaikkan berkenaan.

Subsidi merupakan satu bentuk bantuan kewangan ygdibayar kepada suatu perniagaan atau sektor ekonomi. Subsidi boleh dianggapsebagai satu bentuk kefahaman perlindungan. Subsidi minyak petrol & disel pulaadalah bagi merengankan beban pengguna diatas kenaikkan/pasaran minyak dunia ygtidak menentu. Secara logiknya, kenaikkan harga minyak dunia dan pengunaan minyakdalam negara yg semakin meningkat akan membuat subsidi untuk minyak menjadisemakin besar.

Sebenarnya tujuan pengurangan subsidi minyakbukanlah semata2 untuk menghemat anggaran, namun ia juga atas sebab2 lain.Contohnya, defisit fiskal negara semasa sedang melebarkepada RM14.9 bilion pada tahun ini, disamping penurunan mendadak lebihan akaunsemasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini. Jadi dalam rangka utkmengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, pengurangan subsidiadalah langkah terbaik. Kesimpulannya langkah ini bagi mengukuhkan kemampanan fiskalnegara dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Oleh kerana itu penampungan subsidiminyak perlu diubah dari subsidi harga
komoditi menjadi subsidi yg tepat &ini merupakan pilihan yg lebih bijak dalam membelanjakan wang Negara, keranahasil pemotongan subsidi itu dapat dipakai untuk membiayai kebajikan2 laintermasuk program bantuan kemiskinan dan perlindungan sosial.

Memang benar langkah berhemat atas penurunansubsidi ini akan membuat harga
minyak menjadi lebih wajar/mahal, namunia akan mengurangi kecenderungan pengagihan subsidi secara berlebihan (boros),kerana pengunaan minyak secara berlebihan juga bermakna penurunan kualitipersekitaran kehidupan.

Dari sudut lain, harga minyak yg lebihpraktikal akan mendorong penjimatan dan peralihan pengguna kepada sumber energilain yg lebih bersih, seperti gas & elektrik. Dengan itu dana subsidi dapatdialihkan untuk membiayai belanja lain yg lebih berguna bagi rakyat, seperti mengadakanprogram untuk memperbaiki kualitai hidup kelompok yg kurang mampu, membanguninfrastruktur maupun perbaikan bantuan pendidikan dan kesehatan kepada rakyatdll.

Pengurangan subsidi juga akan mengurangidorongan untuk penyelewengan dan penyelundupan minyak keluar Negara seperti ygberlaku sekarang. Efek positif pengurangan subsidi minyak sebenarnya akanterasa dalam jangka waktu panjang, bukan hanya bagi anggaran tahun 2013 sajanamun akan meringankan beban negara pada tahun2 mendatang
(bersifat jangka panjang dan kekal).

Dalam jangka pendek pula, biarpun mungkinkebijakan subsidi minyak ini akan diikuti dengan peningkatan harga (inflasi) ygakan menekan daya beli masyarakat terutama rakyat miskin dan berpendapatanrendah, namun pengurangan anggaran subsidi minyak dapat direlokasikan untuknilai manfaat bantuan tunai seperti BR1M dan bantuan2 segera yg lain sepertibantuan talipon 3G, kupon pembelian makanan pelajar, bantuan voucher bukupelajar dll.dapat diteruskan.

Pengurangan subsidisebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 senseliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diese, disamping dapat menghemat rm3.3 billion setahun, yg mana wang itu bolih digunakan untuk pembangunan ataupun pemberian subsidi2 yg lain.
Negara Asia Tenggara yg mempunyai hargapetrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagiRON 95, manakala negara yg mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei denganharga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.

Jika harga2 petrol negara lain tidakditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapurayg berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrolRON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yg berpendapatan RM2,000 sebulanhanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yg sama.

Sebenarnya hargaruncit bahan petroleum Malaysia masih paling murah berbanding negara2 jiran meskipunselepas kenaikan harga minyak semalam. Harga diesel di Thailand ialah Rm 3.06seliter dan petrol RON95 Rm 4.74; diikuti Singapura (Rm 4.32 dan Rm5.56);Indonesia (Rm 3.43 dan Rm 3.05); dan Filipina (Rm 4.32 dan Rm5.44 (RON93). Sementaraharga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing2 di bawah paras RM3 seliteriaitu hanya Rm 2.00 (diesel) dan Rm 2.10 (petrol) seliter.

Satu kajian yg dijalankan olehBloomberg bertajuk 'Highest and Cheapest Gas Prices by Countries' (Harga BahanApi Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara) yg menyatakan Malaysia berada padakedudukan kelapan selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriyah ArabBersatu, Iran dan Nigeria, dalam menawarkan harga terendah. Kajian ygdijalankan pada Februari 2013 itu turut melihat Malaysia berada di hadapanberbanding Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan dan Thailand. 

Rasionalisasi harga minyak petrolRON95 dan diesel perlu dilaksanakan ketika ini agar subsidi kerajaan lebih adildan terarah khususnya untuk penduduk berpendapatan sederhana dan rendah yg akanmendapat lebih banyak manfaat. Ini adalah kerana komitmen kerajaan untuk terusmembantu rakyat (dengan pelarasan subsidi ini), yg mana tumpuan kepada subsiditerarah khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengankenaikan bantuan BR1M (rakyat berpendapatan rm 3 ribu kebawah). Memang adalah tidak adil jika subsidi minyakdiberikan kepada semua rakyat termasuk yg berpendapatan tinggi. 

Justeru kita jangan terpedayadengan hasutan politik yg mengambil kesempatan daripada isu ini, sedangkanlangkah kerajaan ini lebih adil dan baik demi untuk kebajikan rakyat. Walaupun harga petrol RON95 dandiesel dinaikkan 20 sen, kita perlu faham bahawa berbanding negara2 jiran dandunia, Malaysia belum mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaanmasih memberi subsidi 63 sen untuk petrol RON95 dan 80 sen untuk disel. 

Ini menjadikan jumlah subsidi ygditanggung kerajaan untuk petroleum bagi 2013 adalah sebanyak RM24.8 bilion dandengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion. Bagi tahun 2014,sebanyak RM3.3 bilion akan diperoleh daripada penjimatan yg boleh digunakanuntuk mengurus pembangunan negara termasuk kenaikan pemberian BR1M. 

Dalam pada itu, kita juga patutbersyukur kerana kerajaan masih terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidiuntuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak,jadi apalah sangat yg mahu kita hebohkan dgn kenaikkan 20 sen itu.

Dengan adanya puak2 gila politik disini, kita boleh memahami bahawa soalwacana politik memang akan sentiasa hangat & tak akan habis2nya. Cumajangan disebabkan ketaksuban politik dan perasaan benci kita menabur fitnahatau mengecam pihak kerajaan tanpa mengkaji dan memahami fakta sebenar.Marilahberpolemik secara matang dan ikhlas berkisarkan idea dan bukannya emosi semata2.

 Maaf cakaplah, macamana kaum2 lain tak pandang hina dgn kita melayuini! Melayu nie memang hidup sentiasa nak dimanja, kalau bole nak disubsidikan semuabenda sepanjang keturunan mereka selagi bernafas! Sebagai contoh, harga keretanak murah, tol nak free, minyak nak murah tak bolih naik sedikit pun, tapi bilabalek raya jalan jamm, tau pulak berungut. Mana ada negara dalam dunia ygtanggung subsidi pelbagai barang seperti negara kita ini, segala2nya subsididari celik mata, sampailah nak tidur malam, itu pun kita tak reti nakbersyukur.
 Belajarlah bersyukur dgn apayg kerajaan telah atur & sediakan. Ikut kemampuan kerajaan laa,memandangkan negara2 yg maju barat seperti Greece & juga pergolakan diTimur Tengah perlu kita jadian iktibar! Jika rakyat tidak diajar berusahasendiri ..... hidup berhemah, memang negara bakal menghadapi inflasi teruk& boleh bankrap! Sekarang pun sudah terlalu bayak kerajaan tolong....lihatkpd sistem pendidikan, bil utiliti & pengangkutan yg sudah disubsidikansekian lama. Kerajaan pun dah janji, BRIM akan diberi lebih selepas subsidiminyak ditarik 20sen ... kita perlu ingat, sebagai rakyat yg bertanggung-jawab,kita terpaksa korbankan sesuatu & kita tak mungkin dapat kesemuanya. 

Tak perlulah nak panik sangat tentang 20 sen tu... kalaumampu beli kereta beribu ringgit takkan 20 sen tu pun nak berkira sangatsedangkan kerajaan dah banyak subsidikan benda2 yg lain. Guna akal, belajarsusah sedikit & cari alternatif utk tingkatkan pendapatan tanpa perlubergantung sangat dgn gaji, bonus mahupun BRIM yg setahun sekali dua tu! Bemore open minded laa terutama yg bekerja di perkhidmatan awam tu. Kalau pekerjaswasta & bekerja sendiri boleh hidup tanpa ada diskaun sepertimana ygsering anda dapat.... Kita tak nampak kenapa anda tidak bole lakukan! Kitasama2 ada 4 tulang kederat yg sama... melainkan OKU! Jadilah bangsa melayu ygbole berdikari bukan jadi melayu menghalalkan subsidi sepanjang masa!

Daripada memberi subsidi kepadamereka yg tidak memerlukan serta warga asing, kerajaan kini memberikannya teruskepada mereka2 yg berhak ke atas subsidi itu. Langkah itu merupakan prosesuntuk memperkukuh ekonomi yg bermatlamat memberikan impak positif kepadakebajikan rakyat & daya saing negara dalam persekitaran ekonomi global ygmencabar.

Ingat sikit, negara kita sedang bergerak kearahnegara maju … prasarana & infrastruktur seperti LRT, MRT, lebuhraya ygmenghubung semua negeri & lain2 pembangunan moden bukan boleh dibina denganair liur. Jangan sempitkan fikiran dgn cara sesetengah pihak yg hanya bermainpolitik aja sepanjang tahun tak habis2, tanpa memikirkan keperluan rakyat &pembangunan negara. Mereka bolih cakap apa saja, sebab pakai air liur basi ajatabor janji sana sini!

Mulai sekarang,kita harus kuat, kita patut belajar jangan bergantung pada tongkat sepanjangmasa. Ukur baju dibadan sendiri, jangan semua benda nak free … kalau dah berhutangtu (PTPTN), bayarlah balek, tak dapat banyak, ansur sikit2 … itu duit tabung,kalau tabung dah kosong, generasi akan datang nak guna apa … bulu …?

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...