Filem arahan pertama Pekin Ibrahim serta arahan bersama Syafiq Yusof iaitu Mat Moto khabarnya kini sudah berjaya mencapai jumlah kutipan RM1 juta hanya pada hari pertama tayangan.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Pekin di laman Twitter miliknya. Malah selain itu, sokongan padu tidak henti-henti daripada peminat turut dapat dirasakan di akaun media sosial pelakon berkenaan.
Kehadiran naskhah filem Mat Moto dengan menggunakan tagline Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit sejak ditayangkan bermula 14 Januari baru-baru ini, sememangnya mempunyai sentuhan yang segar selain memaparkan elemen setiakawan yang kuat.
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki bernama AL (pemilik sebuah syarikat suntingan filem) yang telah mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.
Hajat AL dalam pengembaraan tersebut adalah untuk memiliki 4 jenis helmet rare yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air. Sementara itu, dalam masa yang sama Sikha, seorang pelajar praktikal di pejabat AL telah mengikutinya.
Bermula daripada pengembaraan bersama tersebut, timbullah bibit cinta diantara mereka. Malangnya, hubungan mereka terhalang disebabkan satu peristiwa yang dirahsiakan oleh Sikha yang pastinya membuatkan perjalanan cerita ini semakin berliku.
Selain itu, filem ini juga turut dibintangi nama besar dalam industri perfileman seperti Shaheizy Sam, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof dan Kamarool Hj. Yusof. Adakah AL dapat menunaikan hajat sahabatnya atau niat tersebut terhalang, ayuh ke pawagam berdekatan anda untuk mendapatkan jawapannya!
0 comments:
Post a Comment