Ibu, seorang insan yang begitu cekal, ibu disamping suaminya sang ayah, membela, membelai, mengasuh, membelai dan sanggup berkorban demi memastikan kita sebagai anak membesar dengan baik dan berjaya.
Disebalik membesarkan kita, abang, kakak dan adik kita, mereka telah banyak berkorban masa, wang ringgit, dan ada yang tidak berkemampuan sanggup bergadai apa yang ada demi memastikan kita membesar dengan sempurna.
Bagi mereka yang masih mempunyai ayah dan ibu, sayangilah mereka, hargailah mereka, ketahuilah, tanpa mereka tiada kita di dunia ini.
"Ibu, kau banyak berkorban untukku, apalah sangat jika ku berikan wang ringgit beribu-ribu, tetapi ia tidak sebesar pengorbananmu membesarkan ku."
Berikut sebuah kisah yang amat besar maknanya untuk kita sebagai anak bacanya, yang ditulis oleh saudara Mohd Fairoz mengenai kisah seorang ibu yang meminta untuk berhutang dengan anak lelakinya yang sudah berkahwin.
Jom kita baca.
Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .
Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;
"Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur "
Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;
"Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya.."
Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.
Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;
Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.
Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .
12 bulan X 60 = RM720
Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160
Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.
Lalu terkenangkan zaman kecilnya.
Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Dibesarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.
Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???
Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.
"Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi.."
Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: "Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu".
Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:
"Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian.."
Ketahuilah wahai anak-anak terutama jika anda seorang anak lelaki, bahawa walaupun kamu sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab(anak-anak), ibu bapamu tetap tanggungjawabmu.
Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."
0 comments:
Post a Comment