loading...

Thursday, 21 January 2016

Fasha Sandha Cerai Talak Satu


Oleh Syakireen Othman . Sumber HLive

Sejak kebelakangan ini, terdengar ura-ura yang mengatakan bahawa hubungan diantara Fasha Sandha dan suaminya, Jejai sedang dilanda masalah dan Fasha pernah memuat naik foto di Instagram yang berupa seakan luahan hatinya. Menerusi sebuah akhbar tempatan, Fasha turut mengakui bahawa dirinya kini sedang bersedih.

Dan hari ini, menerusi sebuah laman portal, Fasha dikatakan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi dipercayai untuk memfailkan permohonan terhadap suaminya. Dan ini berita yang baru kami terima menerusi HLive, Fasha Sandha telah diceraikan talak satu oleh suaminya Rizal Ashram (Jejai) di hadapan hakim Tuan Haji Muhamad Abdul Karim bin Wahab. Permohonan cerai juga sebenarnya telah dibuat pada 18 Januari 2016 yang lepas. Mengenai penjagaan anak, mereka berdua enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal ini.

Apa pun kami mendoakan agar Fasha Sandha dan juga bekas suaminya Jejai tabah menghadapi dugaan ini.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...