Satu cebisan Al-Quran yang tersimpan di perpustakaan University of Birmingham telah disahkan salah satu dari cebisan Al-Quran yang tertua di dunia.
Hasil dari analisis Radiocarbon yang dijalankan keatas cebisan itu mendapati ianya ditulis antara 568 AD dan 645 AD dengan ketepatan 95.4%. Nabi Muhammad wafat pula wafat 8 Jun 632 AD.
Ini sekaligus menafikan dakwaan anti-islam bahawa Al-Quran tidak boleh dipercayai kerana ditulis beratus-ratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad.
Hasil dari ujian yang dijalankan oleh University of Oxford itu mencadangkan cebisan itu ditulis kurang dari 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad.
Professor David Thomas, professor bahagian Kristian dan Islam di University of Birmigham menyifatkan keputusan dari ujian radiocarbon itu teramat mengujakan. Tambahnya lagi, keputusan ini juga boleh merungkai sejarah Islam dengan lebih mendalam.
Pakar percaya permukaan yang digunakan untuk menulis diambil dari haiwan yang sama ada masih hidup atau baru sahaja disembelih.
Prof Thomas menambah : "Ini menambahkan lagi keyakinan bahawa cebisan Al-Quran ini ditulis, lebih kurang dua dekad selepas kematian Muhammad".
"Cebisan ini mungkin mempunyai kandungan yang sama dengan Al-Quran yang dibaca pada hari ini, menyokong pandangan bahawa kandungan Al-Quran hari ini hanya sedikit atau langsung tidak berubah setelah ia mula disebarkan", kata Prof Thomas.
Dalam Islam, Al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad antara 610 AD dan 632 AD.
Dua helai cebisan tersebut dipercayai mengandungi bahagian Surah 18 ke Surah 20.
Cebisan terbabit ditulis menggunakan dakwat di dalam tulisan Arab lama yang dikenali sebagai Hijazi,
Dr Muhammad Isa Waley, ketua kurator bagi Perpustakaan Manuscript Turki dan Parsi berkata : "Sekarang kita tahu cebisan ini, yang berada dalam keadaan cantik dan mengandungi tulisan tangan Hijazi asli, sudah pasti ditulis dalam masa pemerintahan tiga Khalifah".
"Menurut rekod sebelum ini, Al-Quran mula disatukan dan ditulis mengikut urutan surah semasa pemerintahan Khalifah ketiga, Uthman ibn Affan.
0 comments:
Post a Comment