loading...

Friday, 15 January 2016

Cara Mengemas Bilik Dengan Mudah


Oleh Ina Mohd. Sumber Bright Side
 
Anda risau dengan keadaan bilik yang semak? Anda tidak ada masa untuk mengemas? Anda perlu carikan satu hari untuk mengemas bilik. Kalau bilik kemas, fikiran kita tidak bercelaru. Kami tahu anda pasti banyak barang-barang yang tidak dibuang. Malah apabila mengemas, bukan banyak barang yang dibuang tetapi disimpan! Jadi kami kongsikan beberapa cara supaya anda dapat semula bilik anda yang lebih sedap dipandang.
 
1.Buang semua barang yang tidak diperlukan
-Ini paling senang. Anda cari barangan yang tidak digunakan sepanjang tahun. Paling penting yang sudah pecah takkan hendak simpan lagi. Tetapi kalau ada yang anda rasa masih sayang, simpan sebelah tetapi letak dalam kotak supaya tidak berselerak. Tetapi lebih bagus anda buang sahaja.
 
2.Sistem kategori
-Sistem lagi mudah kerana sebelum anda membuat keputusan barangan apa yang hendak disimpan, anda satukan semuanya. Dan lihat sendiri banyak mana barang anda. Dari situ anda boleh memilih dan letakkan ia disatu bahagian atau labelkan ia. Jadi anda boleh tahu yang mana anda perlu buang. Anda boleh mulakan dengan barangan seperti cakera padat, gambar, buku,aksesori dan sebagainya. Kemudian baru barang-barang yang sentimental value bagi anda yang perlu anda simpan.
 
3.Jangan biarkan keluarga menganggu
-Ketika mengemas jangan biarkan keluarga anda menganggu. Ibu bapa anda akan rasa tertekan melihat barangan anda. Kemudian mereka pasti membebel. Anda pun susah untuk memilih barang apabila hati tidak tenang.
 
4.Jangan biasakan memakai pakaian yang anda tidak suka di rumah
-Kebanyakkan orang suka membeli pakaian yang mereka tidak suka untuk dipakai di rumah. Sebenarnya ini akan menyusahkan anda! Anda tidak pakai. Sebaliknya hanya biarkan pakaian itu di almari. Jadi untuk apa anda beli. Maka elakkan membeli pakaian walaupun pada mata anda cantik tetapi tidak tahu mahu pakai atau tidak.
 
5.Cenderahati
-Anda pasti dalam dilema samada mahu membuang atau menyimpan hadiah yang diberi oleh rakan atau sesiapa sahaja. Apabila mendapat hadiah dari seseorang sebenarnya anda akan rasa amat dihargai. Tetapi kalau hadiah itu sudah bertahun elok rasanya anda tidak simpan. Apa yang penting anda tahu mereka yang memberi hadiah itu menyayangi anda.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...