loading...

Saturday, 23 January 2016

50 Teka-Teki Tak Luput Ditelan Zaman Dengan Jawapan Bikin Panas..!!!


50 TEKA-TEKI ZAMAN DAHULU HINGGA KINI 




1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali… 
Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak. 

2. Sebab apa siput babi jalan lambat? 
Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi. 

3. Sukan apa selepas main kita tabik? 
Jawapan : Golf 

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua? 
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat. 

5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak. 

6. Kuda apa yang tiada kaki? 
Jawapan : Kuda kepang 

7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik. 
Jawapan : Stokin

8. Binatang apa yang kurang ajar? 
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala. 

9. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium. 

10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang 

11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak? 
Jawapan : Buah Melaka 

12. Binatang apa yang selalu penat? 
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah. 

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta? 
Jawapan : Teksi 

14.  Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar

15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul

16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula? 
Jawapan : Patah balik 

17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? 
Jawapan : Donut, Kuih keria 

18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? 
Jawapan : Penguin 

19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa? 
Jawapan : Ayam jadi banyak 

20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar? 
Jawapan : Kereta kabel 

21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja? 
Jawapan : Udang iaitu U dan G 

22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki? 
Jawapan : Baju 

23. Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya

24. Benda apa, kepala bujur satu kaki? 
Jawapan : Reket badminton 

25. Bom apakah tidak boleh meletup? 
Jawapan : Bomba 

26.  Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan :  Stone Cold

27. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja? 
Jawapan : Pokok pisang 

28. Dia lembu, tapi bukan lembu… 
Jawapan : Gambar lembu 

29. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu? 
Jawapan : Ubat nyamuk 

30. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda? 
Jawapan : Uganda 

31. Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang? 
Jawapan : Bertimbang rasa 

32. Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat? 
Jawapan : Lidah buaya 

33. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat? 
Jawapan : Ikan tilapia 

34. a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais? 
Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan. 
b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais? 
Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah. 
c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati? 
Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais. 

35. Pokok apakah yang ada jantung? 
Jawapan : Pokok Pisang 

36. Benda apa bila masuk segitiga bila kluar bergulung-gulung
Jawapan : Spender dicabut

37. Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar? 
Jawapan : Pelita 

38. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam

39. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu? 
Jawapan : Bantal 

40. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan : Lilin masa sambut harijadi

41. Kenapa Superman pakai baju ketat? 
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S. 

42. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu? 
Jawapan : Buah dam 

43. Kotak apakah yang paling berat? 
Jawapan : Kotak penalti 

44. Bila dia hidup, orang menyanyi. Bila dia mati, orang tepuk tangan. Benda apakah itu? 
Jawapan : Lilin Hari Jadi 

45. Bila kita nak ambil susah.. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu? 
Jawapan : Tahi hidung 

46. Benda apakah yang banyak gigi? 
Jawapan : Sikat 

47. Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin? 
Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan “Amin”… Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut. 

48. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki? 
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri. 

49. Cuba jawab persoalan ini… 
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia? 
Jawapan : Huruf A 

50. Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa? 
Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.


P/S : Jangan Marah...Just for fun chill la sikit..

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...