loading...

Thursday, 14 January 2016

10 Jenis Selfie Ibu Muda Dilarang Buat (Selain Breastfeed Selfie)

10 Jenis Selfie Ibu Muda Dilarang Buat
Dua tiga hari ini heboh satu negara dengan cerita selfie ibu muda yang menyusukan anak. Ramai maklum tentang respon seorang ustaz tentang perkara ini. Walau pun menutup aurat tapi hukumnya haram kerana penampilannya menarik perhatian lelaki.

Tapi selain selfie menyusu ada lagi beberapa jenis selfie yang pada VK tidak patut dilakukan oleh ibu muda namun selalu saja dibuat. VK bukanlah ustazah, tapi sebagai wanita yang dah matang kita boleh fikir sendiri jenis selfie seperti disenaraikan ini tidak selaras batas agama, boleh mencetus rasa riak, hasad malah menjejaskan keselamatan sendiri.

1. Selfie dengan pakaian tak sopan atau mendedah aurat - lainlah kalau selfie ini hanya untuk tatapan suami.

2. Berdua bersama lelaki bukan mahram - walaupun suami izinkan tapi fikirkan juga perasaan dan maruah suami. Ia juga boleh undang fitnah, orang lain bukan tahu pun suami anda izinkan.

3. Foto selfie intim atau bermesra dengan pasangan - apatah lagi kalau dalam bilik tidur. Orang tua pesan cerita dalam kamar jangan dikongsi. Tak perlu tunjuk satu dunia anda pasangan romantis. Cukup anda dan pasangan saja tahu.

4. Selfie bersama hadiah mahal yang diterima - sebagai contoh gelang emas, wang yang banyak atau bersama barangan atau harta bernilai. Bukan saja boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri, hasad pada yang melihatnya tapi anda juga mungkin jadi sasaran penjenayah kerana gambar ini.

6. Selfie bersama bayi baru lahir - dikatakan bila kita share foto bayi yang baru lahir (0 hingga 40 hari) dikhuatiri bayi akan terkesan dengan gangguan Ain (sihir tanpa jin atau mata jahat). 

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/130115/bby%20selfie.jpg

7. Selfie yang mendedahkan maklumat peribadi- tempat sekolah anak, nombor plat kereta apatah lagi kereta mewah. Hati dan niat orang kita tak tahu, ia mungkin menjejaskan keselamatan diri malah keluarga.

8. Selfie waktu ziarah kubur - termasuk ketika Aidilfitri dan ia pernah jadi isu satu ketika dulu. Menurut ahli agama ia boleh dikategorikan haram jika dilakukan dengan niat untuk berseronok.

9. Selfie waktu makan tempat mewah- tak kira dengan famili atau dengan rakan-rakan. Boleh mencetuskan rasa riak dan hasad pada yang melihatnya.

10. Pose seksi, jelir lidah, jilat bibir- dah berkahwin dan dah ada anak, please jangan selfie ala remaja ini kecualilah gambar ini untuk tontonan suami anda saja. Ini juga termasuk dalam selfie menarik perhatian lelaki.

Sekian pesanan dari VK untuk ibu muda dan wanita keseluruhannya.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...