Kuala Lumpur: Status penyanyi, Adira, 24, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi kini menjadi tanda tanya apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook (FB)nya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.
Wanita itu pada mulanya memuat naik gambar dia dan Adira serta membuat kenyataan with sister sebelum menerima pertanyaan daripada rakan FBnya di ruangan komen.
Datin Red kemudian menjawab pertanyaan itu dengan mencatatkan ayat Sekarang kami share (berkongsi) suami dan turut memaklumkan reda dengan apa yang berlaku.
Difahamkan suami Datin Red bergelar Datuk dan ahli perniagaan.
Sementara itu, Adira turut memuat naik gambar sama di akaun Instagram miliknya semalam.
Rata-rata peminat Adira mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya meskipun menjadi isteri kedua.
“Semoga tabah menjadi isteri nombor dua. Banyakkan bertolak ansur,” komen seorang peminatnya.
Difahamkan gambar berkenaan diambil semalam ketika Adira mengadakan persembahan pada acara pertunjukan fesyen Diandra Couture.
Sementara itu, Adira gagal dihubungi. Credit Harian Metro
Sebelum itu Page Popular Roti Kaya melaporkan :
Perkongsian gambarAdira AFbaru-baru ini di Instagram bersama seorang wanita bagaikan merungkai jawapan kepada persoalan siapakah wanita tersebut. Dakwa sumber kepada kami, khabarnya Adira bakal menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki berpangkat Dato.
Selain itu, perbualan di laman sosial Facebook juga seperti mengiyakan perkara tersebut. Apa yang menarik perhatian, isteri pertama kepada Dato itu juga kelihatan redha dan merestui perkara tersebut.
Jika benar apa disampaikan ini, pastinya ia sesuatu yang baik buat Adira dan semoga rumahtangga yang dibina bahagia hendaknya. Apa pun, Adira pastinya mempunyai jawapan yang sebenar mengenai perkara ini.
BACA : Adira dah mengaku
0 comments:
Post a Comment