loading...

Thursday, 31 December 2015

Amuk JPJ : Lelaki 40 Tahun Akan Dituduh Esok


Polis akan mendakwa seorang lelaki berusia 40 tahun yang memaki hamun dan membuat kecoh di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Fardalathrash Wahid, lelaki tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistert Georgetown esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu juga telah ditahan untuk diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita sudah merujuk kesnya kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian bersetuju untuk mendakwa lelaki terbabit kerana kesalahannya itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sebelum ini, video lelaki berkenaan yang memaki hamun pegawai JPJ menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

BACA : Punca Sebenar Lelaki Ini Mengamuk Besar Di Bangunan JPJ. Siapa Tak Mengamuk Kena Macam Ni !

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...