Russia, Amerika dan Eropah tidak pernah menang melawan Mujahidin di Afghanistan, mungkin sebahagian orang merasa hairan bagaimana negara2 Kuasa besar dunia yang mempunyai ramai tentera, senjata canggih seperti kereta kebal, bom dan jet pejuang tetapi tidak berjaya mengalahkan para Mujahidin yang sedikit bilangannya dan tidak mempunyai senjata yang canggih, apakah mereka yang hairan itu sudah lupa peristiwa perang badar di zaman Rasulullah ketika bilangan tentera Islam hanya sedikit saja tetapi berjaya mengalahkan tentera musuh yang lebih ramai bilangannya..itulah pertolongan Allah
berikut adalah beberapa pertolongan Allah pada Mujahidin di Afghanistan yang dikarang oleh As Syahid Syeikh Dr Abdullah Azzam rahimahullah
salah seorang mujahid yang terkenal di Afganistan, Maulawi Arsalan, dia adalah mujahid yang ditakuti oleh tentera Russia, beliau berkata “ Suatu ketika kami hanya memiliki satu granat dan satu senjata anti-tank. Kemudian kami melaksanakan Solat dan berdoa kepada Allah agar Dia menghentamkan granat ini kepada musuh. Saat itu kami berhadapan dengan 200 tank dan kendaraan berat lainnya. Kami melemparkan granat itu dan tepat mengenai sebuah mobil yang mengangkut bahan letupan. Sehingga mobil itu meletup dan menghancurkan 86 tank, beserta kendereraan panser yang lainnya. Akhirnya musuhpun kalah dan kami mendapat harta ghonimah yang sangat banyak ''.Dan Syeikh Dr. Azzam telah bertemu dengan pemuda yang melemparkan garanat itu di Batur.
Burung Bersama Mujahidin, Jalaludin Haqqani salah seorang Mujahid terkenal di Afganistan, menceritakan: “Kami dapat mengenali tanda-tanda pesawat tempur musuh yang akan menyerang Kami. Caranya dengan melihat burung-burung yang terbang di atas kampung kami. Ketika kami melihatnya berputar-putar di atas kampung, kami mulai mempersiapkan senjata untuk membalas serangan pesawat musuh.
Ular tidak mematuk Mujahidin, Umar Hanif bercerita tentang kisahnya: “Seringkali ular datang dan tidur bersama mujahidin di khemah mereka sejak empat tahun yang silam. Ular itu tidak mematuk mujahidin”
Kalajengking bersama mujahidin, Abdushshamad dan Mabubullah menceritakan: “Orang-Orang Komunis mendirikan perkemahan di dataran Qunduz. Tiba-tiba mereka diserbu oleh sekelompok kalajengking. Akibatnya 6 tentera mereka disengat dan mati, sedang yang lainnya melarikan diri".
Bom tidak meletup pada Mujahidin, Jalaludin Haqqani menceritakan: “Kami bersama 30 Mujahid menghadapi serbuan bom-bom dari pesawat tempur musuh. Semua bom-bom itu meletop. Namun tatkala ada satu bom yang beratnya kurang lebih 54 Kg dijatuhkan ke hadapan kami, Bom itu tidak meletop. Seandainya meletop pasti kami semua terbunuh”
Haqqani menceritakan: “Kami berjumlah 59 mujahid, diserbu oleh kekuatan yang terdiri dari 220 Tank, Mobil Panser, Pesawat Tempur dan didukung oleh 1500 tentera. Jumlah ini diketahui dari pengakuan musuh yang ditawan. Akhirnya, dari pertempuran dahsyat itu kami memperoleh harta ghonimah, 54 tank hancur, ramai tentera komunis tewas, cedera dan yang lainnya berjaya ditawan
Jasad Syuhada Yang Tersenyum dan Mengeluarkan bau Wangi kasturi, Maulawi Abdul Karim menceritakan: “ Saya Melihat sekitar 1200 orang mati syahid. Saya tidak melihat satu pun dari tubuh mereka yang berubah. Dan saya tak melihat seorang pun dari tubuh mereka yang dimakan oleh sekumpulan anjing, sedangkan pada saat itu anjing-anjing tersebut memakan mayat orang-orang komunis” dan beliau berkata ''bau Wangi dari minyak wangi sebagus apapun mungkin hanya bertahan sampai satu perjalanan, namun bau wangi orang syahid masih terasa wangi lebih dari tiga bulan
''Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Fath ayat 7)
''Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.(Surah Al-Muddaththir ayat 31)
''Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhanmu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu dengan firmanNya: "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu bala tentera dari malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan bantuan malaikat itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al Anfaal ayat 9 - 10)
''sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan, Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan golongan yang menentang kebenaran'' (Surah As-Saaffaat ayat 172 - 173)
0 comments:
Post a Comment