Siapa yang tak sukakan makanan ringan atau makanan yang tidak sihat?
Jangan terkejut jika kami katakan bahawa makanan ringan sebenarnya baik untuk anda.
Kajian mendapati, ada beberapa makanan ringan yang mempunyai nutrisi yang baik untuk tubuh.
Sos salad
Ramai yang anggap sos salad rendah lemak tidak mempunyai kalori dan rendah lemak. Tapi sebenarnya tiada beza pun dengan sos-sos biasa yang lain. Jadi, nikmati je sos salad yang menyelerakan tu.
Coklat
Tahukah anda bahawa coklat mempunyai jumlah polifenol tinggi yang baik untuk tubuh. Makanan ringan ini juga baik untuk jantung dan melawan penyakit kanser.
Krim putar
Whipped cream juga sebenarnya makanan ringan yang sihat. Ya, krim putar mengandungi lemak tepu, tetapi ia bersamaan dengan secawan susu yang anda minum setiap hari.
Mentega
Bagi mereka yang nak kurus, mentega adalah musuh utama. Jangan! Kajian mendapati, lemak di dalam mentega membantu tubuh menyerap vitamin seperti vitamin A, D , E, dan K.
Bertih jagung
Popcorn sebenarnya makanan ringan yang sihat kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi dan antioksidan yang melindungi anda dari penyakit jantung dan kanser.
Sos tomato
Sos tomato dibuat daripada buah tomato. Tomato kaya dengan vitamin C. Bukan itu je, ia juga sarat dengan lycopene dan antioksidan yang mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kentang goreng
Walaupun kentang goreng sarat dengan garam, namun kentang yang anda makan itu sebenarnya mampu meningkatkan tahap imuniti badan anda. Jadi, lepas ni jangan katakan tidak pada kentang goreng.
0 comments:
Post a Comment