loading...

Monday, 28 December 2015

DIY persiapan perkahwinan anda untuk lebih jimat!

Selalunya apabila menjelangnya hari bahagia, pengantin pasti akan pening kepala untuk memikirkan persiapan perkahwinan.
Bukan apa, duit keluar banyak sangat. Tidak cukup dengan pelamin, perhiasan juga perlu di ambil kira.
Jom ikuti tips mudah untuk berjimat di hari bahagia anda!Usah risau. DIY kan lebih bagus. Bukan ke lagi bagus jika anda membuat sendiri semuanya. Lebih jimat kan.
Lilin Buatan Sendiri
Selalunya, untuk perhiasan meja, ramai yang memilih untuk meletakkan bunga atau pun lilin. Lebih mudah jika anda membuat lilin sendiri dengan menggunakan cawan yang mempunyai corak yang menarik seperti floral atau pun vintage.
Vintage-Teacup-Candle
Penutup botol dan pasu kecil
Bottle-Cap-Planters
Gunakan penutup botol untuk dijadikan pelapik pasu kecil untuk hiasan di atas meja. Pasti ramai tetamu memuji kreativiti anda nanti!
DIY lampu gantung
Paint-Chip-Chandelier
Lampu merupakan perhiasan penting untuk perkahwinan. Apa kata anda DIY sendiri lampu gantung, mengikut kreativiti anda. Jimat dan memuaskan hati anda.
Gunakan piring hitam untuk dijadikan tempat kek cawan
Old-Records-Cupcake-Holder
Memang menarik bukan. Siapa yang menyimpan lagi piring hitam zaman dulu-dulu, bolehlah dijadikan tempat bertingkat untuk menyusun makanan untuk para tetamu terutamanya kek cawan. Memang comel!
Jambangan bunga dari surat khabar
Newspaper-Bouquet
Jangan buang surat khabar lama anda, kerana ia boleh dijadikan jambangan bunga. Lebih menarik jika anda warnakan surat khabar tersebut mengikut citarasa anda. Yelah, bunga segar bukannya murah!
Lampu kelip-kelip cawan
Dixie-Cup-Garland
Untuk hiaskan sekeliling khemas atau pelamin, apa kata anda gunakan lampu kelip-kelip yang di hiasi dengan cawan kertas pelbagai warna. Memang sangat cantik!
Penuhkan siling dengan belon warna-warni
Metallic-Brush-Stroke-Balloons
Untuk tambahkan warna pada hari bahagia anda, apa kata anda gunakan belon dan biarkan terapung di siling. Bukan sahaja kanak-kanak yang teruja dengan belon tersebut, yang dewasa juga akan turut merasai kecantikannya.
Booth untuk bergambar
Photo-Booth-Backdrop
Ramai yang beranggapan perkara paling sukar ialah untuk mencipta booth yang akan digunakan untuk sesi bergambar. Apa kata anda gantung balang kosong dengan reben berwarna-warni. Pasti ianya akan kelihatan cukup sempurna.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...