loading...

Tuesday, 15 December 2015

Dah Minum Banyak Air Tapi Rasa Haus Lagi? Ini Mungkin Puncanya!

Pernah tak terjadi situasi dimana, anda rasa terlalu haus walaupun dah minum banyak air? Dah minum lebih dari 3 liter air pun tetap rasa haus. Sebab apa?
Menurut kajian, keseimbangan garam dalam badan yang menyebabkan anda rasa haus.
Ketahui 5 sebab lain yang menyebabkan anda rasa terlalu haus.

1. Diabetes

sunny-dia-bet-us
Diabetes boleh jadi punca dehidrasi. Ketika kadar gula terlalu tinggi, buah pinggang akan menghasilkan lebih banyak air kencing untuk menghilangkan lebihan glukos. Sering buang air kecil akan menyebabkan rasa haus. Jaga-jaga!
2. Haid
giphy (1)
Apabila tubuh mengeluarkan darah kotor, kamu mungkin akan merasa haus sampai tahap boleh habiskan sebotol air besar. Tapi jangan bimbang, kerana ianya adalah normal.

3. Mulut Kering

giphy (2)
Mulut kering dikenali sebagai xerostomia iaitu penghasilan air liur yang kurang daripada biasa. Selain rasa haus yang amat sangat, ia boleh menyebabkan gangguan lain seperti bau mulut dan rasa tidak selesa ketika mengunyah.

4. Anemia

7x1_Charlie_barf_blood
Pendarahan kerana haid atau luka menyebabkan tubuh memerlukan banyak cecair dan buatkan anda rasa haus. Kekurangan tiroid adalah penyebabnya. Kira-kira 70% orang yang terdiri daripada wanita mengalami kekurangan tiroid yang menyebabkan rasa haus.

5. Tekanan Darah Rendah

bellafall-faint
Stres kronik menyebabkan seseorang mengalami tekanan darah rendah. Ia akan buatkan seseorang itu rasa pening, cemas, tekanan dan rasa haus yang amat sangat. Minum air dengan banyak jika terjadinya situasi seperti ini.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...