loading...

Tuesday, 15 December 2015

8 Sebab Anda Perlu Makan Coklat & Tak Perlu Takut Gemuk!

Siapa cakap coklat tu mengemukkan? Ada je coklat yang tidak menggemukkan dan anda boleh makan banyak mana pun anda suka.
Dark chocolate atau pun coklat gelap, sangat baik untuk kesihatan.
Bukan sahaja tidak mengandungi gula dan tenusu, malah ada beberapa sebab yang menjadikan coklat ini baik untuk anda.

1. Coklat gelap adalah berkhasiat! 

tumblr_mcmnn768XM1r25xgk
Coklat gelap mengandungi kandungan koko yang kaya dengan serat, magnesium, tembaga, mangan, dan merupakan sumber besar bagi kalium, fosforus, zink, dan selenium.
2. Menjadikan kulit anda lebih sihat
c7134957-e31b-41e1-b2bb-0e170d6cb2c2
Coklat gelap kaya dengan antioksidan meningkatkan penghidratan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.

3. Meningkatkan fungsi otak

tumblr_m8ruvffxys1rpwd9j
Flavanols yang ada pada koko memperbaiki aliran darah ke otak dan meningkatkan keupayaan anda untuk menumpukan pada tugas-tugas kognitif.

4. Membantu mengurangkan tekanan

-stress-GIF
Kajian mendapati ,makan kira-kira satu auns coklat gelap setiap hari selama dua minggu, mampu mengurangkan tahap hormon kortisol iaitu tekanan di kalangan individu.

5. Mengurangkan risiko penyakit jantung

675782148290395208
Flavanols dalam koko merangsang pengeluaran nitrik oksida, yang meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah. Sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Membantu menguruskan badan

chocolate-bar-victorias-secret-gif

Kajian mendapati, bau coklat gelap merangsang hormon anti-kelaparan yang membantu mengurangkan selera makan.

7. Bertindak sebagai probiotik

635770982458237272-714113222_giphy
Makan coklat gelap memberi kesihatan pada usus dan menghalang bakteria jahat di dalam usus.

8. Memberi tenaga

Amy-Poehler-dancing-GIF
Koko mempunyai catechin yang meningkatka tenaga. Jadi anda tidak akan rasa cepa penat dan sentiasa bertenaga.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...