“Siapa cakap aku tak mampu hidup tanpa lelaki? Aku boleh je.”
Ya, memang benar wanita mampu hidup tanpa insan bernama lelaki. Tapi, bagaimana pula dengan hati naluri anda? Mampu ke anda hidup tanpa lelaki?
Setiap wanita pasti inginkan belaian dari lelaki atau suami. Jadi, ini antara 5 Sebab Kenapa Wanita Tidak Mampu Hidup Tanpa Lelaki!
1. Wanita perlukan lelaki untuk hamil
Setiap wanita pasti inginkan cahaya mata sendiri dan ia perlukan sokongan dari seorang lelaki. Bukan itu sahaja, anak itu akan rasa lengkap jika mempunyai ibu dan bapa.
2. Lebih rasa selamat
Tugas lelaki adalah untuk melindungi kaum Hawa. Jadi, lelaki sangat diperlukan dalam setiap wanita. Melainkan jika anda ni juara Karate atau Silat.
3. Untuk bawakan beg & barang
Kalau dengar sebab ke 3 ni memang agak bodoh, tapi memang perempuan perlukan lelaki untuk bawakan beg dan barang. Tipu la kalau wanita tak buat benda macam ni!
4. Lelaki melengkapkan hidup
Sudah tertulis bahawa wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki pula diciptakan untuk wanita. Rasanya setiap wanita pernah jatuh cinta. Wanita juga ingin hidup bersama dengan lelaki hingga ke hari tua.
5. Wanita perlukan lelaki untuk rasa dicintai
Ini memang betul. Wanita sangat inginkan kasih sayang dan rasa cinta dari seorang lelaki. Apabila wanita rasa dicintai, mereka akan lebih bersemangat dan ada tujuan dalam hala tuju kehidupan.
0 comments:
Post a Comment