loading...

Thursday, 31 December 2015

2015: 365 hari sengsara buat rakyat - AKMAL KAMARUDDIN Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXsbQOA6hbguqDuXGmMR1sdkfdSNtEdCkA6BlpaAGuiJPGfQ3y4hSmFb3yrsXFI2f5_EtEFJ_Y1xj699renaeVx3pI__yiUY1Jd8nzDwe0179OD-__j6RVRckVGWM2P2XPtJ8UvvxKPY0N/s1600/

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi masih lagi diberi kurniaan umur yang panjang untuk kita
melangkah masuk tahun 2016. Menilai kembali hari-hari sepanjang 2015, rakyat dihidangkan dengan
bebanan kos sara hidup yang tinggi sekaligus melalui detik-detik getir mendepani ekonomi negara yang kian parah.

GST
Kehadiran GST dalam hidup rakyat Malaysia sangat tidak diundang. Jika sebelum ini tidak semua barang yang dikenakan cukai, namun kini kebanyakan barang yang tidak dikecualikan GST mengalami kenaikan. Malahan pada bulan April yang lepas, kita dikejutkan dengan pengumuman cas GST bagi kad prabayar. Sudahlah harga barang naik, ‘top up’ pula naik harga. Malahan kesan parah GST amat dirasai ketika musim perayaan semua bangsa dan juga menjelang musim buka sekolah pada bulan Disember ini yang mana rata-rata barang sekolah naik 10% hingga 20 %.

Harga barang
Bermula seawal Januari 2015 melihatkan harga barang telah dinaikkan oleh peniaga akibat kenaikan
harga minyak pada akhir tahun 2014. Walaupun pada awal Januari sudah diumumkan penurunan harga minyak, namun harga barang tetap tidak tinggi dan ianya terus berlarutan hingga kini. Kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik melihatkan turun naik harga minyak yang tidak seimbang. Kadar yang paling rendah bagi Ron 95 ialah RM1.70 pada bulan Februari dan kemudian naik sehingga mencecah ramai RM2.15 seliter pada bulan Julai dan terus turun naik sehingga hari ini RM1.95 seliter. Apakah peniaga akan menurunkan harga barang seandainya harga minyak naik tinggi tapi turun rendah sebegini berterusan?

Tol
Kenaikan kadar tol di Lembah Kelang sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk di negeri lain termasuk Perak. Ramai anak muda di Perak berhijrah ke Ibu Kota baik untuk urusan bekerja mahupun menyambung pengajian. Dengan peningkatan kadar tol dari 17% hingga 80% bermula 15 Oktober 2015, menambah beban yang sedia terpikul.

Pengangkutan awam
Kenaikan harga tambang pengangkutan awam yang menggila dilihat satu lagi tindakan pelik kerajaan. Kenaikan harga tambang melibatkan bas sebanyak 22% dan teksi sebanyak 49% pada bulan Mei 2015 juga LRT meningkat sebanyak 102% dan Monorail sebanyak 40% serta tambang KTM Komuter yang meningkat sebanyak 58% bermula pada 2 Disember 2015 sangat memberi kesan kepada anak muda khususnya mahasiswa. Malahan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) turut mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 yang melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Harga rumah
Bebanan kos harga rumah dan tanah yang tinggi terus menghantui generasi muda di Malaysia khususnya di Perak. Generasi muda kini hanya dapat rumam mampu lihat atau mampu gigit jari sahaja kerana harganya. Dengan bebanan hutang pinjaman pendidikan, kos sara hidup yang meningkat menyesakkan dada generasi muda menduduki rumah hasil usaha sendiri. Ketamakan pemaju menjadi punca utama harga rumah meningkat naik. Namun persoalannya apakah polisi yang kerajaan keluarkan bagi mendepani isu ini?

Telatah Pak Menteri
Tahun kesengsaraan rakyat ini dihiburkan dengan jawapanjawapan lucu oleh beberapa orang menteri
yang menjawab isu berkenaan GST dan bebanan kos sara hidup rakyat. Ini dihangatkan lagi dengan
cubaan pertahankan hujah dalam isu derma RM2.6 bilion, 1MDB serta isu golf dan Yapiem yang
terkadang menimbulkan rasa kehairanan bagaimana Pak Menteri yang dikatakan mempunyai ‘pointer’ tinggi menjawab seakan-akan pelajar yang tidak mengambil UPSR.

Dalam keadaan Ringgit Malaysia yang merudum serta isuisu terpalit yang ditimbulkan oleh beberapa
individu dalam kerajaan menyebabkan dunia melihat Malaysia dengan pandangan sinis terutamanya
melibatkan integriti pak menteri.

Membina Malaysia Sejahtera
Kejayaan Kongres Rakyat dengan usul dan resolusinya membuktikan kesungguhan PAS dalam
umembina Malaysia sejahtera. Malahan Usul Dokumen Hijau yang dicadangkan oleh PAS telah dinilai dan dipersetujii oleh penganalisis ekonomi sebagai solusi ekonomi Malaysia. 

Iltizam dan keyakinan saya menyatakan bahawa PAS membawa solusi buat anak muda dan rakyat
Malaysia khususnya di Perak. Malahan komitmen dan istiqamah dalam perjuangan menjadikan Dewan Pemuda PAS Perak terus cakna dan sentiasa bersama memperjuangkan hak dan suara anak muda mendepani tahun 2016 yang dilihat semakin mencabar.

Akhir kalam, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru. Semoga keimanan dan ketaqwaan kita semakin meningkat berbanding yang lalu.

Istiqamah Sehingga Kemenangan

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...