loading...

Wednesday, 25 November 2015

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

SUSAH NAK KHUSYUK

Ramai mengadu tentang masalah susah nak khusyuk dalam solat.
11933569_959253284115892_311255707_o
Allah S.W.T telah berfirman,
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.”
(Surah al-Ma’un:4-5)
Dari ayat Al Quran ini, kita dapat lihat betapa pentingnya mencapai ‘khusyuk’ dalam solat.

KENAPA HILANG KHUSYUK DALAM SOLAT?

Banyak faktor boleh mengurangkan khusyuk dalam solat. NAMUN, hanya ada SATU sahaja faktor utama.

HATI HITAM.

Tahukah anda? Setiap maksiat, dosa, zina yang dilakukan akan menambah satu ‘titik hitam’ di hati.
Bayangkan berapa banyak ‘titik hitam’ yang ada di hati kita dek dosa-dosa yang kita lakukan.
Setiap manusia melakukan dosa, kerana itulah lumrah manusia – kita sering melakukan kesilapan. Namun apa yang penting adalah kita mensucikan semula hati kita.

BAGAIMANA NAK SUCIKAN HATI?

Antara 3 cara mudah untuk kita lakukan bagi ‘memutihkan’ kembali hati kita:-

1. Beristighfar

alquran, mengaji, mudah mengaji, belajar mengaji, lancar mengaji, quran rumi, mumayyaz, mudah, murah, lancar mengaji,
Beristighfarlah sekurang kurangnya 100x sehari. Istighfar dapat menggugurkan dosa- dosa yang kita lakukan dan mensucikan hati kita.

2. Solat Taubat

Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1
Beristighfar memang membantu menggugurkan dosa-dosa kita. Namun, untuk menunjukkan yang kita betul- betul bersungguh memohon keampunan dari Dia, kita haruslah mengerjakan Solat Taubat.
cara solat taubat –> http://bit.ly/1GFv4Le (masih banyak contoh yang lain)

3. Membaca Al Quran

unnamed
Membaca Al Quran boleh memberikan ketenangan dalaman serta membersihkan hati.
Allah Berfirman,
“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an(sesuatu)­ sebagai penawar dan rahmat bagi orang yang beriman,sedangk­an bagi orang yang zalim hanya akan menambah kerugian.
”(Al Isra’:82)
Al Qur’an bila dibaca dengan penuh syahdu, meneliti makhroj hurufnya, tajwid­nya mahupun maknanya, akan menjadi penawar hati untuk membersihkan segala penyakit hati.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...