loading...

Thursday, 19 November 2015

Hati Rasa Tak Bersalah Bila Tinggalkan Solat

Hati Rasa Tak Bersalah Bila Tinggalkan Solat


Apabila seseorang tak rasa bersalah apabila melakukan dosa ini bermakna imannya sangat lemah dan hatinya di selaputi dengan selaput hitam kesan daripada terlalu banyak dosa-dosa yang dia lakukan.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)
Oleh itu jauhilah segala bentuk dosa-dosa samaada kecil atau besar supaya hati kita sentiasa bersih dan sejahtera daripada segala syirik. nifak dan sifat mazmumah.

Cara nak bersihkan hati yang penuh selaput hitam adalah banyak beristighfar dan bertaubat kepaad Allah SWT, membaca al-Quran, datang majlis ilmu ke masjid atau surau, berzikir dan solat tahajjud dan solat taubat.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...