loading...

Monday, 30 November 2015

Harga minyak Disember: RON95 turun 10 sen, RON97 dan diesel kekal

Harga minyak Disember: RON95 turun 10 sen, RON97 dan diesel kekal
Harga bagi RON97, diesel biasa dan diesel Euro 5 bagaimanapun kekal

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 untuk bulan Disember menyaksikan penurunan 10 sen menjadi RM1.95 seliter, menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada Isnin seperti yang dilapor The Star Online.

Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti bagaimanapun berkata, harga bagi RON97, diesel biasa dan diesel Euro 5 masing-masing kekal pada kadar harga RM2.45, RM1.90 dan RM2 seliter.

Sejak 1 Disember tahun lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil keputusan untuk menjalankan sistem apungan terkawal bagi menentukan harga petrol dan diesel.

Harga tersebut ditentukan dengan mengambil purata harga 10 hari dalam pasaran dagangan antarabangsa dan dicampur dengan nisbah keuntungan tetap untuk loji tapisan serta peruncit.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...