Admin rasa tiada wanita sanggup buat macam yang perempuan ini lakukan. Tabah betul perempuan ini.
“Saya memperoleh wang Rp70,000 (RM19.35) hasil meminta sedekah tetapi kadangkala kurang daripada itu.
Setiap kali pulang dari sekolah, seorang gadis berusia 11 tahun ini akan menukar pakaiannya sebelum keluar menuju ke satu persimpangan lampu isyarat di bandar ini. Dewi Anggraeni bukannya pergi bermain seperti rakan sebaya yang lain sebaliknya dia menghampiri setiap kereta untuk meminta sedekah.
Walaupun masih kecil, tetapi Dewi terpaksa mencari wang semata-mata untuk membayar hutang arwah ibunya. Kisah malang gadis ini bermula apabila bapanya, Wiyatno meninggal dunia ketika dia kecil sebelum ibunya, Maryati pula meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu akibat penyakit radang paru-paru.
Ketika ibunya sakit, wanita itu meminjam wang berjumlah Rp6 juta (RM1,658) untuk membeli ubat. Bagaimanapun, selepas ibunya meninggal dunia, beban hutang itu kini terpaksa ditanggung oleh Dewi. Dewi yang kini tinggal bersama jirannya berkata, setiap kali selepas bersek0lah, dia akan pergi meminta sedekah bagi melunaskan hutang ibunya itu.
“Biasanya saya meminta sedekah dari jam 3 petang hingga jam 8 malam setiap hari.
“Saya memperoleh wang Rp70,000 (RM19.35) hasil meminta sedekah tetapi kadangkala kurang daripada itu.
“Wang ini saya gunakan untuk membayar hutang ibu,” katanya ketika ditemui wartawan detik news.
Sementara itu, jiran Dewi, Sriwati berkata, gadis itu akan pulang lewat malam sekiranya gagal memperoleh pendapatan lebih Rp70,000.
“Dewi memerlukan wang sebanyak itu untuk membayar hutang. Sekiranya gagal dia akan duduk di tepi jalan sambil menangis,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment