Skip to content
loading...

Saturday, 28 November 2015

6 Perkahwinan Termahal Di Dunia

hiasan


Sesebuah perhubungan pasti akan diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang sah. Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui suatu akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami isteri. Namun kini, majlis perkahwinan turut menjadi lambang status sesebuah keluarga pasangan pengantin.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang berlumba-lumba mengeluarkan belanja yang besar bagi merealisasikan impian perkahwinan yang diidamkan dan ingin menjadikan majlis perkahwinan meraka begitu gah.


6 selebriti pasangan pengantin yang mengadakan majlis kahwin dengan kos yang besar dan mewah:-


6.Marc Mezvinsky dan Chelsea Clinton

  

Majlis perkahwinan anak perempuan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton iaitu Chelsea Clinton telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai bank, Marc Mezvinsky.Tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan Chelsea Clinton tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan peralatan rakaman malah majlis ini diadakan dengan kawalan keselamatan ketat. Pakaian pengantin telah ditempah dan di jahit oleh pereka pakaian, Vera Wang dan majlis ini dianggarkan melibatkan belanja USD$5 juta.


5.Wayne Rooney dan Coleen McLoughlin

   

Majlis perkahwinan bintang penyerang bola sepak kelab "Manchester United", Wayne Rooney. Lazimnya, para pemain bertaraf bintang lebih cenderung untuk berkahwin dengan pelakon, penyanyi atau model, tetapi Wayne telah mengambil teman wanita sewaktu zaman sekolahnya, Coleen McLoughlin sebagai isteri. Majlis perkahwinan itu dianggarkan sebanyak USD$8 juta.


4.Kris Humphries dan Kim Kardashian

   

Acara perkahwinan itu dijadikan acara televisyen eksklusif Kim's Fairytale Wedding: A Kardashian Event yang dikata menelan belanja AS$10 juta (RM30 juta). Kos bagi membeli cincin kahwinnya saja bernilai AS$2 juta (RM6 juta). Majlis perkahwinan mereka telah diadakan di sebuah khemah yang dihiasi dengan beribu-ribu genus wangi yang sering digunakan dalam majlis perkahwinan masyarakat Afrika, yang telah diletakkan di dalam sebuah pasu kristal. Tetamu perlu tiba dengan memakai kod pakaian yang telah di tetapkan iaitu pakaian berwarna hitam atau  putih.


3.Andrey Melnichenko dan Aleksandra Nikolic



Berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Rusia, Andrey Melnichenko, yang sering berada dalam senarai Forbes, adalah pemilik kepada gelaran Ratu Cantik Yugoslavia, Aleksandra Nikolic. Majlis perkahwinan mereka turut menjemput beberapa selebriti Hollywood terkenal seperti Christina Aguilera, Whitney Houston, Enrique dan Julio Iglesias. Para selebriti ini telah dijemput khas bagi mengadakan persembahan dan mereka ini dibayar dengan bayaran yang amat tinggi. Untuk makanan dalam majlis perkahwinan itu pula, tukang masaknya adalah salah seorang chef yang paling terkenal di dunia iaitu Alain Ducasse. Perkahwinan itu dianggarkan menelan belanja sebanyak USD$30 juta.


2.Putera William dan Kate Middleton

  

Waris kepada takhta British, Putera William telah berkahwin dengan Kate Middleton pada tahun 2011. Belanja untuk majlis perkahwinan ini telah menelan belanja sebanyak USD$34 juta. Di majlis perkahwinan tersebut, kira-kira dua ribu orang tetamu dijemput menghadiri majlis di Istana Buckingham. Langkah-langkah keselamatan juga perlu diperketatkan sepanjang majlis itu berlangsung dan ia turut menelan belanja yang tinggi. Ibu bapa pengantin perempuan juga turut menghabiskan sejumlah wang yang banyak, tetapi tidak bercakap tentang hal itu, kerana bukan selalu anak perempuan mereka akan mendapat jodoh dengan seorang putera Raja.


1.Vanisha Mittal dan Amit Bhatia

  

Perkahwinan Vanish Mittal dan Amit Bhatia menelan kos sebanyak USD$60 juta. Pasangan itu menghabiskan masa bercuti di Paris, dan telah dijemput untuk sambutan kira-kira 1,000 orang. Dalam konsert pada majlis perkahwinan itu, mereka turut menjemput selebriti Hollywood, Kylie Minogue. Sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung, para tetamu telah meminum kira-kira 5,000 botol wain Château Mouton-Rothschild dan makan lebih daripada sepuluh kilogram telur ikan (caviar).


Pernikahan mewah di dunia yang lain:-
-Chelsea Clinton dan Marc Mezvinsky (USD$5 juta).
-David Gest dan Minnelli Liza (USD$3.5 juta).
-Putri Victoria dan Daniel Westling (USD$3 juta).
-Paul McCartney dan Heather Mills (USD$3 juta).

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...