loading...

Wednesday, 25 November 2015

10 Fakta MENGEJUTKAN Yang Anda Tidak Tahu Tentang Malaysia Walaupun Anda Rakyatnya

10 fakta menarik tentang negara kita yang ramai tidak tahu termasuk rakyat Malaysia sendiri. Fakta ini adalah sumber dari Saluran The History Asia.
1. Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji
Tak sangka walaupun negara kita beriklim tropika tetapi stesen keretapi ini dibina untuk menahan kesejukan salji.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.
2. Kuala Lumpur merupakan ibu kota kilat di dunia

Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.
3. Jambatan Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia
Imej dari nizamas85
Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!
4. Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia
Imej dari animal label
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.
5. Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia
Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!
6. Kalau tak ada kelawar, tak adalah durian dekat Malaysia ni.
Tahukah anda, antara eksport pertanian yang amat menguntungkan ekonomi Malaysia adalah buah durian? Durian adalah buahan eksotik yang amat digemari di pasaran ASEAN dan Asia Timur. Tapi tahukah anda, kelawar buah adalah spesis haiwan pendebunga yang amat penting dalam kitaran hidup pokok durian. Ada dua jenis spesis kelawar di Malaysia iaitu spesis pemakan serangga & spesis pemakan buahan.
7. Tanah perkuburan untuk haiwan peliharaan yang pertama di Malaysia
Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Lot-lot tanah kubur bersaiz kecil dan sederhana disediakan bagi pemilik haiwan berkenaan. Pakej bagi satu lot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.
8. Lebih dari 140 bahasa pertuturan digunakan di Malaysia
Bagi pakar linguistik dan bahasa, mereka mengkaji perbezaan bahasa bukan hanya terhad pada bahasa-bahasa utama sahaja malah bahasa pertuturan yang melibatkan dialek (loghat) tempatan, creole (slanga, bahasa pasar) dan bahasa campuran (bahasa rojak, Manglish dll). Melalui satu eksperimen di kota2-kota di Malaysia dengan frasa “Kamu sudah makan kah?” penganalisis mendapati ada 10 cara menyebut frasa berkenaan yang berbeza termasuk dengan BI. Apabila kita menyeberang ke Malaysia Timur, terdapat sekurang-kurangnya 90 jenis bahasa pertuturan. Ini termasuk 60 bahasa pertuturan etnik peribumi asal Borneo.
9. Nama Kereta Kebangsaan Pertama di Malaysia diambil semasa permainan Scrabble
Sumber dari paultan
Ramai yang tidak tahu tentang peranan Encik Ismail Jaafar. Pada satu petang, dia bermain permainan Scrabble (kalau versi Melayu – SAHIBBA). Ketika membuat frasa Bahasa Inggeris SAGA (yang membawa maksud dalam BI – “something said” or “a narrative in prose”, somewhat along the lines of a “story”, a “tale”, or a “history”), Encik Ismail mendapati perkataan SAGA melibatkan 4 huruf sahaja dan markahnya agak kecil. Tapi beliau mendapat ilham daripada akronim SAGA dan membentuk 4 frasa baru iaitu:
S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)
A= Achievement (Pencapaian)
G= Greatness (Keagungan)
A= Ability (kebolehan)

10. Jalan Bulatan Trafik (Roundabout) terbesar di dunia adalah di Malaysia
Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya. Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr Mahathir yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...