loading...

Friday 11 May 2018

[Terkini] PM Tun Mahathir Berkata Agong Sedia Berikan Pengampunan Segera Untuk Anwar

  • Dalam satu sidang akhbar yang diadakan hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendedahkan bahawa pertemuan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad telah bersetuju memberi pengampunan penuh dan pembebasan segera untuk Anwar yang dipenjara

    • Di bawah merupakan sidang akhbar penuh:

      "Agong telah menyatakan kepada salah seorang daripada kita iaitu sebenarnya Lim Guan Eng bahawa beliau sanggup memberi keampunan untuk Datuk Seri Anwar dengan segera.

      "Jadi, kita akan melalui proses yang betul demi mendapatkan pengampunan untuk Datuk Seri Anwar. Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaya diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan.

      “Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik,” kata Tun dalam sidang akhbar yang berlangsung di Kuala Lumpur pagi tadi.
      • 30edImage via Astro Awani
        Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bersama Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah yang berucap di sidang media jam 11 pagi tadi.
  • Tonton klip penuh di bawah:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...