loading...

Friday 11 May 2018

Rasmi: YDP Agong Perkenan Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7

  • Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh menggantikan Dato' Seri Najib Tun Razak setelah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

    • Tun Mahathir, 92, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur.
  • Istiadat ini mencatat sejarah bukan sahaja buat Tun Mahathir, bahkan kepada seluruh negara apabila diberi mandat untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri selepas 15 tahun meletak jawatan. Beliau sebelum ini menjawat jawatan Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

    • Segak berbaju Melayu hitam, Tun Mahathir tiba di Istana Negara pada lebih kurang 5 petang diiringi isteri Tun Dr. Siti Hasmah.

      Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 9.30 malam.

      Tun Mahathir kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.
  • Ia merupakan detik bersejarah bagi Malaysia apabila para penyokong tiba dan menunggu Tun Mahathir di luar Istana Negara sejak petang tadi. Ada yang masih berlegar di perkarangan Istana walaupun beliau sudah masuk ke dalam

  • Video penuh Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan boleh dilihat dibawah:



0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...