Siapa yang tak sukakan buah durian? Rasanya yang manis dan menusuk kalbu, buatkan ramai yang jadi ‘hantu durian’.
Baru-baru ini Pizza Hut China telah mengeluarkan topping pizza terbaru mereka yang menggunakan durian. Macam pelik je?

Pizza Durian tersebut mendapat reaksi positif daripada pelanggan kerana rasa durian yang tidak terlalu kuat apabila dicampur dengan keju dan adunan pizza.
Sementara itu, 10 wartawan di China turut dijemput untuk mencuba pizza tersebut.

Tapi, Pizza Hut China bukanlah yang pertama mencuba kombinasi durian pizza tersebut.
Pada 2013, sebuah kafe di Shanghai menjual pizza durian dan berjaya menjual lebih kurang 70 pizza sehari.
0 comments:
Post a Comment