loading...

Friday 15 January 2016

Bertuah.. Kucing Gebu Ini Paling Popular!


Makan hati tengok kucing bertuah ini. Mana tidaknya kucing yang diberi nama Gandalf ini dilaporkan sudah melawat hampir sembilan negeri di Amerika Syarikat bersama tuannya yang berasal dari Korea Selatan.
 
Bukan saja bertuah, peminat di laman sosial turut gembira mengikuti perkembangannya melalui laman sosial Instagram @ganddygram. Jangan terkejut  kucing ini telah mempunyai seramai 13.8 ribu ok. Selain mempunyai bulu yang lebat dan comel, ramai netizen memuji tuan kepada kucing ini kerana pandai menjaga kebersihan selain bijak mengambil hati haiwan ini bagi memudahkan proses berjalan.
 
Untuk makluman, Gandalf dan tuannya sudah melawat banyak tempat menarik di negara Uncle Sam termasuk Golden Gate Bridge, Hollywood Walk of Fame dan Taman Negara Grand Canyon. Di setiap tempat menarik yang dilawati, pasti tuannya akan memuat naik gambar Gandalf sedang membuat aksi comel lagi keletah.  Paling menarik ialah Gandalf turut mempunyai lukisan masterpiece yang tersendiri setelah dihadiahkan oleh peminat setianya di laman sosial.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...