loading...

Tuesday, 15 December 2015

Anda ‘Kaki Shopping’? Mesti Singgah Ke 7 Destinasi Bebas Cukai Ini!

Tiap kali hujung tahun je, ramai yang akan pergi bercuti. Tapi, tak lengkap rasanya jika balik dengan tangan kosong. Mesti nak shopping punya!
Kebanyakan wanita yang ingin bercuti, pasti mereka akan memilih destinasi yang sesuai untuk membeli belah serta menawarkan harga yang berpatutan.
Jadi, kami senaraikan destinasi yang anda boleh kunjungi. Memang rambang mata!

1. Louisiana, Amerika Syarikat

1-vert
Louisiana merupakan daerah pertama di Amerika Syarikat yang menawarkan pusat membeli-belah bebas cukai. Sebanyak 900 jenama tempatan dan antarabangsa yang tersedia di syurga membeli-belah di Louisiana ini.
2. Ximending, Taiwan
2-vert
Jika anda ke Taipei, rasanya tak lengkap jika anda tidak berkunjung ke pusat membeli-belah terbesar di sini. Berhampiran dengan Bangunan Taipei 101, Ximending merupakan tempat utama membeli-belah di Taiwan.

3. King Power Duty Free, Thailand

3-vert
Bila dengar je negara Thailand, memang barang dekat situ murah-murah je. Memang tak dinafikan. Pelbagai jenama antarabangsa boleh didapati di sini.

4. JR/Duty Free, Australia

4-vert
JR/Duty Free adalah pusat membeli-belah bebas cukai bertaraf dunia yang terletak di Australia. Bermacam-macam barangan jenama mewah seperti wangian dan juga produk kecantikan boleh didapati di sana.

5. Sanya Duty Free, China

s-vert

Zon bebas cukai di Sanya ini menjadi tempat paling sibuk sejak dibuka pada tahun 2013 dan mencatatkan jumlah 10 ribu pelawat dalam sehari. Percaya atau tidak, kaunter jam tangan Tissot berjaya menjual sebanyak 298 utas jam dalam masa kurang 13 jam.

6. Akihabara, Tokyo

da-vert
Terletak di tengah bandar Tokyo, Akihabara antara salah sebuah tempat yang terkenal di sini. Kawasan membeli-belah paling sibuk ini memberi fokus utamanya dengan menjual barangan elektronik, komputer, anime dan sebagainya.

7. Johor Premium Outlet, Malaysia

7-vert
Bagi mereka yang ingin mendapatkan barangan jenama terkenal dengan harga bebas cukai, di sini la tempatnya. Hampir 80 butik rangkaian barangan berjenama global tersedia dan menawarkan penjimatan sehingga 25% dan 60%.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...